Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NUS buka pusat pelawat untuk pengunjung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS buka pusat pelawat untuk pengunjung

Feb 09, 2024 | 11:40 AM



Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menubuhkan pusat pelawat sementara bersifat ‘pop-up’ dan memperkenalkan program Jalan Kaki Berpandu yang disusun khas untuk memberikan pengalaman yang menarik dan bermakna kepada pengunjung.

Dalam satu kenyataan pada 9 Februari, NUS berkata ini juga akan membantu mengurus dan mengawal trafik pengunjung di kampus.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, penuntut NUS dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah menzahirkan kekecewaan mereka secara dalam talian berhubung gangguan yang disebabkan oleh pelancong yang melawat kampus mereka.

Ini termasuk bagaimana pelajar harus beratur lama di kantin, bunyi bising di ruang belajar dan pengunjung yang bersaing dengan pelajar untuk mendapatkan ruang di bas ulang-alik yang terdapat di kampus.

“(Langkah yang diambil adalah untuk) Memastikan persekitaran yang selesa untuk pengalaman pembelajaran yang terbaik untuk pelajar kami, memelihara kemeriahan kampus untuk kehidupan pelajar dan memastikan kemudahan kami seperti makmal dan bilik darjah selamat dan terjamin adalah keutamaan penting.

“Kami berhati-hati untuk mengurangkan gangguan dan menjaga keselamatan dan privasi pelajar dan kakitangan kami yang sedang belajar, bekerja atau yang tinggal di kampus,” kata NUS.

Sebagai kampus yang terbuka untuk masyarakat, pusat pelawat sementara dan program Jalan Kaki Berpandu tidak akan mengenakan sebarang bayaran.

NUS akan mengatur dan menyelaraskan lawatan berjalan kaki berpandu yang akan membantu pengunjung memahami kekayaan warisan dan kehidupan di kampus.

Ia akan diketuai oleh pelajar NUS yang akan berkongsi tentang pengalaman dan perspektif sebagai pelajar.

Dengan tempoh lawatan musim sejuk yang akan berakhir, program pengunjung baru untuk musim cuti panas akan bermula akhir Julai 2024.

Oleh itu, NUS akan berunding rapat dengan khalayak mereka, termasuk pemimpin pelajar, Persatuan Pelajar Universiti Nasional Singapura (Nussu) dan pihak berkepentingan lain, serta menghubungi agensi pelancongan untuk membincangkan butiran operasi seperti pendaftaran pengunjung, laluan bagi pengunjung dan aturan tambahan.

Maklumat lanjut akan diumumkan apabila ia siap kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >