Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

NUS namakan jawatan profesor sempena pakar bedah CN Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NUS namakan jawatan profesor sempena pakar bedah CN Lee

Apr 05, 2024 | 06:02 PM



Sepanjang kerjaya perubatannya selama 50 tahun, pakar bedah jantung Lee Chuen Neng, 72 tahun, telah menyentuh hati dan nyawa beribu orang, selain menjadi mentor kepada doktor dan pakar bedah muda.

Untuk menghargai visinya bagi masa depan perubatan dan meraikan usahanya mencapai sempadan baru dalam penemuan perubatan, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS Perubatan) melancarkan jawatan profesor atau professorship baru sebagai penghormatan kepadanya.


Digelar Jawatan Profesor CN Lee dalam Sains Perubatan, ia adalah siri terbaru dalam siri jawatan profesor yang dimulakan oleh NUS Perubatan untuk mengiktiraf warga Singapura yang cemerlang dan melatih generasi peneraju seterusnya dalam sains perubatan.

Ia menggalakkan perkongsian dengan pakar daripada pelbagai disiplin untuk menangani isu, seperti barah, menangani cabaran penjagaan kesihatan yang baru muncul dan merangsang wacana penting untuk meningkatkan amalan penjagaan kesihatan di Singapura dan luar negara, lapor The Straits Times.


Jawatan Profesor CN Lee dilancarkan secara rasmi pada 5 April di Fullerton Hotel Singapore.

Dekan Perubatan NUS Chong Yap Seng berkata Profesor Lee “melambangkan intipati kecemerlangan pembedahan dan sangat dicari oleh institusi kesihatan global”.

“Selain kepakarannya dalam pembedahan, penyelidikan perintis CN (gelaran mesra Profesor Lee) telah memberi kesan mendalam kepada kebajikan pesakit di luar penjagaan langsungnya.

“Kami berharap penerima jawatan profesor ini akan mendapat inspirasi untuk turut berusaha yang terbaik dan memecahkan sempadan baru dalam sains perubatan,” kata Profesor Chong.

Profesor Lee ialah Profesor Pembedahan Abu Rauff di Jabatan Pembedahan di NUS Perubatan dan Perunding Emeritus di Jabatan Pembedahan Jantung, Toraks dan Vaskular di Pusat Jantung Universiti Nasional, Singapura (NUHCS).

Jawatan Profesor dalam Pembedahan Abu Rauff, yang dinamakan sempena Profesor Adjunct Abu Rauff, salah seorang pakar bedah paling dihormati di Singapura dan ahli akademik terkemuka dalam bidang pembedahan, telah ditubuhkan pada 2016 untuk menandakan ulang tahun ke-110 NUS Perubatan.

Profesor Lee bertukar kepada perkhidmatan privet pada 1992, namun kembali ke perkhidmatan awam di NUS dan Hospital Universiti Nasional (NUH) pada akhir 2001.

Dalam 10 tahun sebagai Pengerusi Pembedahan di NUHS dan Ketua Jabatan Pembedahan di NUS Perubatan dari 2005 hingga 2015, Profesor Lee menubuhkan Pusat Latihan Pembedahan Lanjutan dan membangunkan 14 bahagian pembedahan khusus, seperti pemindahan, pembedahan gastrousus dan rekonstruktif di NUH.

Beliau juga menerajui program latihan dan pensijilan untuk pembedahan kardiotoraks di Singapura, bersama Kolej Pakar Bedah Hong Kong dan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >