SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Parlimen bakal bincang langkah tangani kesan krisis Timur Tengah

Parlimen bakal bincang langkah tangani kesan krisis Timur Tengah

Apr 4, 2026 | 6:20 PM

Parlimen bakal bincang langkah tangani kesan krisis Timur Tengah

parlimen, singapura, timur tengah
Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri (HCMC), berkata harga makanan di Singapura dijangka naik akibat kesan konflik di Timur Tengah. - Foto ST

Perincian lanjut mengenai langkah Singapura menangani kesan krisis di Timur Tengah akan dibincangkan dalam sesi Parlimen yang akan datang, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.

Menurutnya, usaha untuk menangani kesan konflik tersebut di sini telah pun dijalankan sejak beberapa minggu lalu, menerusi Jawatankuasa Menteri Krisis Dalam Negeri (HCMC).

“Situasinya serius di seluruh dunia. Banyak negara telah mengambil langkah untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan bahan api.

“Singapura belum mengambil langkah tersebut lagi, dan kami akan menerangkan pendekatan kami,” kata Encik Shanmugam kepada media pada 4 April.

Menurut laman web Parlimen Singapura, Parlimen bakal bersidang pada 7 April.

Antara kesan dihadapi Singapura adalah gangguan bekalan serta kenaikan harga kepada makanan, kata Encik Shanmugam.

Beliau berkata struktur HCMC telah ditubuhkan bertahun-tahun lalu dan ia diaktifkan apabila krisis berlaku.

Tambahnya, jawatankuasa itu telah diaktifkan sejak beberapa minggu lalu dan telah mengadakan beberapa mesyuarat.

Encik Shanmugam turut menerangkan bahawa HCMC menyelaraskan usaha pelbagai kementerian bagi menangani kesan krisis, termasuk dalam bidang tenaga, makanan, diplomasi dan keselamatan.

Menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), HCMC dipengerusikan Encik Shanmugam dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, sebagai penasihat.

Jawatankuasa itu turut melibatkan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial merangkap Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Turut terlibat ialah Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua (Ehwal Dalam Negeri), Encik Edwin Tong; serta Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga dan Sains serta Teknologi, Dr Tan See Leng; dan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Selain itu, Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik David Neo; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, turut menganggotai jawatankuasa tersebut.

Beberapa menteri negara juga terlibat, termasuk Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sim Ann; Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau; dan Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Goh Pei Ming.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg