Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar RGS tinjau tugas wartawan dalam lawatan ke BH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pelajar RGS tinjau tugas wartawan dalam lawatan ke BH

Feb 19, 2024 | 07:03 PM



Sekumpulan pelajar menengah satu hingga empat Sekolah Perempuan Raffles (RGS) telah diberi peluang meninjau sebalik tabir operasi bilik berita dan mempelajari tugas seorang wartawan semasa mengunjungi pejabat Berita Harian (BH).


Lawatan pada 19 Februari itu juga diisi dengan sesi perkongsian mengenai akhbar bagi pelajar Gen G.


Sesi perkongsian itu adalah sebahagian daripada usaha BH untuk mendekati dan melibatkan pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah melalui penerbitan Gen G.


Seorang guru bahasa Melayu di RGS, Cikgu Nadiah Rusydina Roslan, 29 tahun, berkata lawatan itu mendedahkan pelajarnya kepada kemahiran kewartawanan seperti proses menjalankan temu bual, serta atur cara menghasilkan dan menerbitkan podcast.

“Oleh kerana kami menggunakan Gen G dan BH sebagai sebahagian daripada pendidikan pelajar di RGS, lawatan ini merupakan peluang baik untuk mendedahkan pelajar kepada kewartawanan dan skop pekerjaan seorang wartawan,” ujar Cikgu Nadiah.


Dalam sesi kira-kira tiga jam itu, sekitar 35 pelajar yang hadir mengambil bahagian dalam satu kegiatan temu bual di mana mereka bertanya soalan antara satu sama lain bagi ‘menyelidik’ kehidupan rakan mereka dalam usaha untuk mengenali mereka dengan lebih baik.

Salah seorang pelajar RGS, Adlyn Rizal, 15 tahun, berkongsi bahawa lawatan itu membuka matanya kepada cara wartawan BH melakukan tugas harian mereka, serta bagaimana mereka mengumpul maklumat ketika membuat liputan di luar.

“Antara pelbagai pasukan di BH ialah pasukan media sosial yang menarik perhatian saya kerana saya dapat melihat usaha BH untuk memenuhi cita rasa golongan muda.

“Saya rasa beruntung dan berterima kasih kerana saya dapat mengunjungi bilik berita BH dan melihat bagaimana kakitangan menjalankan tugas mereka di sebalik tabir.

“Saya harap sekolah lain juga dapat mengalami lawatan ini untuk meluaskan pandangan pelajar,” kata Adlyn.

Adlyn dan pelajar RGS lain juga berpeluang bertanya soalan berkaitan operasi bilik berita ketika mereka berinteraksi dengan beberapa kakitangan BH, termasuk Penerbit Podcast #NoTapis, Cik Natasha Mustafa, dan Penyunting, Cik Nurfahruriza Ismail.

Cik Natasha, yang merupakan sebahagian daripada pasukan media sosial, berkongsi dengan pelajar tentang pelbagai wadah digital BH, seperti podcast #NoTapis, TikTok, Instagram, dan akhbar elektronik yang digunakan untuk menyampaikan berita kepada pembaca, penonton dan pendengar.

Cik Nurfahruriza pula berkongsi kepada pelajar bagaimana beliau dan penyunting lain mengusahakan reka bentuk susun atur kandungan surat khabar BH, serta pertimbangan yang diambil termasuk tajuk berita dan gambar yang digunakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >