Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pelajar tabur bakti agih bubur kepada warga emas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Pelajar tabur bakti agih bubur kepada warga emas

Al-Ma’arif juga kumpul dana tampung keperluan harian, prasarana
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Bukan hanya bijak dalam pelajaran, malah gigih berbakti kepada masyarakat! Begitulah yang boleh diungkap mengenai pelajar di Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah.

Biarpun sibuk dalam pembelajaran dan ko-kurikulum sekolah, namun pada 14 Mac lalu, 60 pelajar Madrasah Al-Ma’arif telah meluangkan masa dengan membungkus dan mengagihkan bubur kepada penduduk yang memerlukan. Mereka yang terlibat terdiri daripada pelajar Menengah 3 hingga ke Prauniversiti 2.

Penduduk yang memerlukan ini tinggal di kawasan Marine Parade dan merupakan warga tua kurang upaya atau mereka tidak mampu bergerak untuk keluar rumah.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, daya usaha murni ini merupakan kerjasama madrasah bersama bantuan khidmat penjagaan warga senja Goodlife! serta Masjid Kampung Siglap.

Madrasah juga berharap kerjasama sebegini mampu memberikan peluang dan pendedahan yang baik kepada pelajarnya agar terus menabur bakti dan mengenali sifat ihsan antara insan. Program ini diketuai dua tenaga pengajar, Ustazah Nurhidia Suzieyanti Sulaimee dan Cikgu Nurul Syaira Zulkifli.

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini, 60 pelajar kami telah diberikan peluang beramal dengan melakukan kerja sukarela sambil menimba pengalaman. Ini merupakan pendedahan yang baik, sekali gus dapat mendidik pelajar kami mengenai sifat ihsan dan bersedekah.

“Walaupun tarikh 14 Mac jatuh pada cuti sekolah, kami tidak melepaskan peluang ini apabila ditawarkan oleh Goodlife! dan pihak masjid. Kami amat berterima kasih di atas kesempatan yang diberikan. Selain itu, madrasah bakal mengadakan program kerohanian, seperti tadarus dan khatam Al-Quran beramai-ramai pada 4 April. Semoga pelajar kami dapat mencintai Al-Quran dan kekal berjaya dalam kehidupan mereka,” jelas Cik Siti Radhiyah.

Selain itu, Madrasah Al-Ma’arif juga perlu mengumpul dana bagi menampung keperluan harian serta prasarana madrasah. Malah, bangunan madrasah yang berada di Lorong 39 Geylang sekarang ini, hampir menjangkau 18 tahun, dan perlu diperbaiki kerana terdapat banyak kerosakan dan kerja baik pulih yang perlu dijalankan secara berterusan.

Ramadan ini, madrasah turut menjual sampul duit Raya berharga $15 untuk tiga paket (setiap paket mengandungi 10 keping).

Madrasah juga turut menerima sumbangan bagi zakat harta, wakaf dan derma.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan boleh disalurkan dalam beberapa cara:

1. PayNow UEN: S36MM0001G.

2. Pemindhan bank ke dalam akaun OCBC 507018232001.

3. Pungutan dari rumah (minimum $100): WhatsApp ke talian 9182-4766 (nyatakan nama, alamat dan jumlah sumbangan yang ingin diberikan).

4. Datang terus di pejabat Madrasah Al-Ma’arif: Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4 petang).

5. Kirim cek atas nama ‘Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah’ dan poskan ke alamat No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865.

6. Layari www.infaqmadrasahalmaarif.com untuk keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >