Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemasangan pagar antara perkara dilarang di kubur

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemasangan pagar antara perkara dilarang di kubur

Mar 05, 2024 | 07:11 PM



Adalah dilarang sama sekali untuk mendirikan pagar, menanam pokok dan meletakkan apa-apa bahan lain di pusara atau sekitar pusara – ini termasuk meletakkan simen pada laluan antara kuburan.

Demikian antara peraturan yang dipaparkan pada notis Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di tanah perkuburan Islam Choa Chu Kang (CCK).

Notis tersebut dibawa kepada perhatian Berita Harian (BH) menyusuli kiriman pembaca BH ketika beliau mengunjungi tanah perkuburan Pusara Aman/Abadi.


Antara lain, notis itu turut menggariskan bahawa NEA boleh mengeluarkan atau membuang apa-apa bahan yang dianggap bahaya, tidak sesuai atau tidak elok pada pandangan dari mana-mana bahagian perkuburan untuk mengekalkan kebersihan dan kekemasan kawasan perkuburan.

BH difahamkan peraturan ini bukanlah baru dan telah diguna pakai oleh NEA atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk memaklumkan pihak waris di blok petempatan di perkuburan CCK.

Semakan lanjut oleh BH mendapati terdapat dokumen ‘Arahan untuk Pajakan (lease) Plot Kubur di Perkuburan Choa Chu Kang’, yang boleh didapati di laman NEA.


Arahan tersebut menggariskan terma dan syarat pajakan plot perkuburan, di samping peraturan yang ditetapkan.

Misalnya menukil perenggan 2(e) di bawah Terma dan Syarat Pajakan, pemohon bertanggungjawab atas penyelenggaraan struktur, batu nisan, monumen dan/atau plak.

Ini termasuk mana-mana rumput asli atau rumput palsu yang dipasang di atas dan sekitar petak kubur.

Pemohon juga mengakui bahawa tanah perkuburan itu terbuka kepada orang awam dan Agensi tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas sebarang kerosakan struktur pada batu nisan, kehilangan barangan atau monumen.

Ini di samping “sebarang kerosakan atau kehilangan jenazah yang dikebumikan di dalam plot, disebabkan oleh mana-mana orang awam yang lain”.

Perenggan 3(b) di bawah Peraturan Umum pula menjelaskan haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan perkuburan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >