Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengasas bersama Novena Global Healthcare Group hadapi 58 tuduhan tambahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas bersama Novena Global Healthcare Group hadapi 58 tuduhan tambahan

Jan 24, 2024 | 04:39 PM



Pengasas bersama kumpulan Novena Global Healthcare Group (NGHG), Nelson Loh Ne-Loon, berdepan 58 tuduhan tambahan, dengan tuduhan melakukan pemalsuan, menipu dan memindahkan ganjaran yang diraih daripada perbuatan jenayahnya.

Loh menubuhkan NGHG bersama seorang sepupunya, Terence Loh, dan mereka berdua menimbulkan kejutan pada 2020 atas bidaan untuk mengambil alih pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana England, Newcaste United dengan harga melebihi £280 juta ($477 juta).

Loh, 44 tahun, terdahulu didakwa pada Disember 2022 atas beberapa kesalahan pemalsuan. Dia didakwa melakukan pemalsuan terhadap penyata kewangan NGHG pada 2019 dan menggunakannya untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah $18 juta, lapor The Straits Times.


Pada 24 Januari, Loh dikenakan 58 pertuduhan baru dan kini menghadapi sejumlah 60 tuduhan secara keseluruhan.

Menurut tuduhan baru tersebut, Loh didakwa bersubahat dengan seorang pekerja, Wong Soon Yuh, untuk menipu enam bank agar percaya bahawa audit telah dijalankan bagi NGHG, Novena Global Healthcare, dan satu syarikat pengagihan dan perdagangan wain bernama Giron, lantas secara tidak jujur, mempengaruhi bank-bank itu untuk meluluskan pinjaman kepada syarikat-syarikat tersebut.

Syarikat Giron kini tidak lagi beroperasi. Bekas isteri Loh, Cik Lee Chai Hoon, merupakan pengarah dan pemegang saham syarikat tersebut.

Tuduhan kesalahan menipu itu didakwa berlaku pada Julai 2019 dan melibatkan Maybank, Standard Chartered, Citibank, DBS, UOB dan HSBC.

Jumlah pinjaman yang diluluskan daripada setiap bank itu berada dalam lingkungan sebanyak AS$1.5 juta ($2.07 juta) hingga AS$12.7 juta, mencecah sekitar $69 juta secara keseluruhan.

Loh didakwa memindahkan beberapa jumlah wang itu daripada akaun Novena Global Healthcare kepada beberapa akaun lain.

Dia menghadapi sebanyak 48 tuduhan menyerahkan dapatan tersebut yang diraih daripada perbuatan jenayahnya.

Wong, 44 tahun, yang dikenali sebagai Michael Wong, juga berdepan 12 tuduhan tambahan pada 24 Januari berkaitan dengan pemalsuan dan menipu, serta memindahkan wang yang mana dia mempunyai cukup pengetahuan bahawa ia merupakan dapatan daripada perbuatan jenayah orang lain.

Kedua-dua lelaki itu, yang telah direman selama setahun, hadir di mahkamah menerusi lintasan video.

Kelihatan masai dan berpakaian baju penjara, mereka tidak menyatakan apa-apa pun kecuali mengesahkan nama masing-masing.


Sebelum ini, mereka didakwa telah meninggalkan Singapura dan melarikan diri pada September 2020 atas sebab masalah perniagaan dan telah dipulangkan ke sini pada 24 Disember 2022.

Kes mereka ditangguh bagi satu persidangan prabicara pada 1 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >