Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penyanyi cabul wanita di Kampus Mediacorp lepas minum wiski

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyanyi cabul wanita di Kampus Mediacorp lepas minum wiski

Feb 05, 2024 | 04:37 PM



Seorang penyanyi yang minum antara 10 dengan 15 cawan wiski mencabul seorang wanita selepas satu persembahan di Kampus Mediacorp.

Sivabalan Siva Prasad Menon, 42 tahun, didenda $3,000 pada 5 Februari selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan mencabul anggota kru penerbitan bebas itu.

Dua tuduhan lain, termasuk satu lagi tuduhan mencabul, diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan, lapor The Straits Times.


Wanita itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah. Tarikh kejadian itu juga tidak didedahkan untuk melindungi identiti mangsa, manakala butiran mengenai persembahan tersebut turut tidak didedahkan.

Bagaimanapun, tiada perintah mahkamah agar identiti Sivabalan tidak didedahkan.

Pada hari kejadian pada 2022, mangsa melaporkan diri di Kampus Mediacorp di Stars Avenue sekitar 11 pagi untuk bertugas bagi menjayakan persembahan itu.

Sivabalan turut hadir kerana diambil berkhidmat sebagai penyanyi dan penari untuk persembahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Grace Teo berkata antara 3 petang dengan 11.30 malam, Sivabalan minum hingga 15 cawan wiski dan menjadi mabuk.

Selepas persembahan itu tamat pada 12.20 pagi esoknya, wanita itu dan seorang rakan lelakinya menunggu lif di Besmen 1 kampus tersebut.

DPP Teo berkata: “Pintu lif terbuka, dan tertuduh keluar dari lif. Apabila dia melihat mangsa, dia berjalan ke arahnya, memegang rahangnya, dan menciumnya sekali di pipi kanannya... sementara mangsa cuba melepaskan diri.

“Selepas mencium mangsa, tertuduh melepaskannya.”

Tempoh antara pesalah memegang dengan melepaskan rahang wanita itu ialah kurang tiga saat, tambahnya.

Mangsa memberitahu Sivabalan beliau tidak suka diperlakukan sedemikian. Rakannya kemudian berdiri di antara mereka dan menyuruh Sivabalan beredar.

Mangsa dan rakannya kemudian beredar. Sivabalan meninggalkan kawasan itu tidak lama kemudian.

DPP Teo memberitahu mahkamah bahawa mangsa dan rakannya mendapati Sivabalan berbau alkohol.

Beliau menambah: “Mangsa dan rakannya pergi ke sebuah bilik untuk anggota kru penerbitan, dan menangis serta mengalami pernafasan terlalu cepat kerana berasa tertekan oleh apa yang berlaku.”

Mangsa membuat laporan polis pada hari itu.

Pada 5 Februari, peguam bela Kanthan Raghavendra berkata kejadian itu adalah kesalahan pertama Sivabalan.

Bagi perbuatan mencabul, pesalah boleh dihukum penjara hingga tiga tahun, denda, rotan atau sembarang gabungan hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >