Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Penyerang Kamal Adli sangka mangsa cabul saudara perempuannya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyerang Kamal Adli sangka mangsa cabul saudara perempuannya

Jan 31, 2024 | 07:53 PM



Seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli, dengan belantan semasa sesi bergambar dan beramah-tamah pada acara ‘Hari Raya Mega Sale 2023’ di Singapore Expo mengaku bersalah melakukan serangan.

Muhammad Nabil Rashid, warga Singapura, mengaku melakukan kesalahan itu kerana menyangka pelakon berusia 36 tahun itu, yang nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, telah mencabul saudara perempuan Nabil.

Nabil, yang mengaku bersalah pada 31 Januari atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah ke atas orang lain, ditahan reman di Institut Kesihatan Mental (IMH) susulan serangan itu, lapor The Straits Times.


Seorang pakar psikiatri yang memeriksanya merasakan dia mengalami penyakit psikiatri – kemungkinan gangguan delusi – yakni suatu bentuk gangguan mental.

Dr Cheow Enquan merasakan dia juga mengalami gangguan personaliti antisosial.

Namun, beliau menyatakan bahawa Nabil waras semasa serangan itu dan menyedari bahawa tindakannya salah.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Cheah Wenjie memberitahu mahkamah, Nabil pernah disabitkan dengan kesalahan ganas sebelum ini.

Bagi kes yang berlaku pada 12 Mac 2023 itu, DPP berkata, Nabil yang berpelitup, tiba di Singapore Expo sekitar 9 malam, memanggil Kamal lalu mengeluarkan belantan dan memukulnya.

Selepas itu, Nabil menurunkan pelitup mukanya dan tersenyum kepada Kamal sebelum bergegas meninggalkan tempat itu. Dia bagaimanapun dikejar orang ramai dan ahli keluarga pelakon.

Polis menahan Nabil tidak lama kemudian dan kedua-dua lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH).

Pada kira-kira jam 11 malam, Kamal ditolak dengan kerusi roda di CGH apabila mereka bertembung dan Nabil meludahnya.

Dr Cheow menyatakan dalam laporannya bahawa penyerang itu tidak mengenali Kamal secara peribadi.

Dalam kes yang tidak berkaitan pada 2 April 2022, Nabil meludah muka seorang wanita berusia 39 tahun, berikutan pertengkaran di Sembawang dan kemudian meludah ke arah suami mangsa dan menyerangnya.

Pada 31 Januari, DPP meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan dua minggu ke atas pesalah itu.

DPP juga mengongsi pandangan Dr Cheow bahawa tertuduh “menimbulkan risiko yang besar kepada orang lain memandangkan penyakit psikotiknya, gangguan personaliti dan sejarah kesalahannya dalam melakukan kekerasan”.

Peguam bela, Encik Wee Hong Shern, merayu agar anak guamnya dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun. Beliau memberitahu mahkamah Nabil kini sedang mengambil ubat-ubatannya dan berpotensi untuk pulih.

Nabil dijangka dijatuhkan hukuman pada 28 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >