Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pilihan produk setempat disediakan di bazar mini FairPrice jelang Hari Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan produk setempat disediakan di bazar mini FairPrice jelang Hari Raya

Apr 05, 2024 | 04:23 PM



Mereka yang ingin mendapatkan kuih-muih atau bahan-bahan pada saat-saat akhir bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti boleh berkunjung ke Gerai Bazar Ramadan NTUC FairPrice yang sedang berlangsung di Tampines Century Square dan Rivervale Plaza.

Terdapat pelbagai pilihan produk halal, yang dihasilkan di Singapura dan yang diimport dari luar negara, untuk pelanggan. 

Lapan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang merupakan anggota Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengambil bahagian dalam bazar tersebut, termasuk Wahyu Brand, Tradisi Marketing Services, Mindo Foods dan HSG Global Pte Ltd, yang juga merupakan penyelaras dan pemudah cara utama acara tahun ini.

Selain itu, beberapa produk yang diimport dari negara Islam, seperti mentega halal berkualiti dan keju mozarela yang diimport dari Pakistan, turut ditawarkan dengan harga yang berpatutan di acara itu.

Dalam pada itu, terdapat juga tawaran bagi produk FairPrice Finest yang sedia dimakan. 

Dengan adanya acara itu, HSG Global, dalam kenyataannya, berkata mereka berharap dapat memperkukuh pasaran makanan halal dan menyokong SME setempat dalam usaha pertumbuhan mereka, sambil menyasarkan untuk memberi impak yang ketara bagi industri makanan halal di sini.

Mantan Presiden DPPMS dan pemegang saham HSG Global Pte Ltd, Encik Farid Khan, berkata:

“Kami komited menyediakan pelbagai tawaran bagi meraikan semangat Ramadan sambil menyokong perniagaan dan usahawan tempatan.

“Selain itu, HSG Global telah menyusun pilihan produk yang diperoleh dari negara majoriti Muslim dengan teliti.

“Produk ini mencerminkan warisan budaya yang kaya dan tradisi masakan negara-negara ini, membawa rasa keaslian ke Gerai Bazar Ramadan kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >