Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

PM Lee gesa warga waspada video palsu guna ‘deepfake’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa warga waspada video palsu guna ‘deepfake’

Dec 29, 2023 | 02:24 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggesa warga Singapura agar kekal berwaspada dan belajar melindungi diri daripada penipuan.

Ini setelah video yang seolah-olah menunjukkan Encik Lee mempromosikan produk pelaburan melalui talian.

Video tersebut menggunakan teknologi ‘deepfake’ iaitu teknik merubah wajah seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah.

Mengulas tentang hal demikian di media sosialnya termasuk Facebook, Encik Lee berkata:

“Baru-baru ini, terdapat beberapa video audio ‘deepfake’ tentang saya yang dikatakan mempromosikan penipuan crypto. (Timbalan Perdana Menteri) Lawence Wong juga telah menjadi sasaran!

“Para penipu ini menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk meniru suara dan gambar kami. Mereka mengubah video asal kami yang diambil di acara-acara rasmi kepada video yang sangat meyakinkan tetapi benar-benar palsu tentang kami yang kononnya mengatakan perkara yang tidak pernah kami katakan.

“Jika anda ternampak atau menerima video penipuan ini yang menjanjikan pulangan terjamin ke atas pelaburan atau ganjaran, jangan layan mereka!”

Dalam video yang diubah dan tersebar di dalam talian itu, Encik Lee dilihat sedang ditemu bual oleh seorang penyampai daripada rangkaian berita China CGTN.


Mereka membincangkan peluang pelaburan yang dikatakan telah diluluskan oleh pemerintah Singapura.

Video itu berakhir dengan penyampai menggesa penonton untuk mengklik pada pautan untuk mendaftar bagi platform itu demi memperoleh “pendapatan pasif”.

Video palsu itu dikatakan telah dimanipulasi daripada wawancara sebenar CGTN dengan Encik Lee di Singapura pada Mac.


Awal sebelum ini, sebuah video memaparkan Encik Wong seolah-olah mempromosikan sebuah pelaburan juga tersebar di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Dalam video itu, pergerakan mulut Encik Wong diubah dengan ketara untuk bergerak selari dengan suara palsu yang mempromosikan sebuah penipuan pelaburan.

Suara palsu itu meniru nada dan intonasi suara sebenar beliau.

Sementara itu, Encik Lee mengingatkan orang ramai agar melaporkan video palsu sedemikian melalui ScamShield Bot rasmi di WhatsApp di https://go.gov.sg/scamshield-bot.

“Penggunaan teknologi ‘deepfake’ untuk menyebarkan maklumat salah akan terus berkembang.

“Kita mesti sentiasa berwaspada dan belajar untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi daripada penipuan sedemikian,” ujar Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >