Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

PM Lee ke Johor bagi lawatan rasmi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ke Johor bagi lawatan rasmi

Jan 10, 2024 | 08:00 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan melawat Johor, Malaysia pada 11 Januari.

Encik Lee akan menghadiri acara bagi menandakan tanda mercu projek rel rentas sempadan, Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura dan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bagi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila selesai, RTS Link akan menghubungkan stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan stesen Woodlands North di Singapura, dengan kepadatan penumpang mencapai 10,000 orang sejam di kededua arah.

Perkhidmatan penumpang dijangka akan bermula pada penghujung 2026, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 10 Januari.

Selepas acara menandakan tanda mercu projek RTS Link, kededua Perdana Menteri akan menyaksikan pemeteraian MOU bagi JS-SEZ.

JS-SEZ bertujuan mengukuhkan kerjasama ekonomi di Wilayah Pembangunan Iskandar dengan memanfaatkan kekuatan kededua negara dan menambah baik aliran rentas sempadan untuk barangan, pelaburan dan pengunjung.

Bagi lawatannya itu, Encik Lee akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee; Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat; dan, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Turut serta adalah pegawai dari Pejabat Perdana Menteri (PMO), Kementerian Ehwal Luar (MFA), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Pembangunan Negara (MND), dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >