Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pritam gesa adakan insurans lindungi pekerja yang diberhentikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam gesa adakan insurans lindungi pekerja yang diberhentikan

Apr 30, 2024 | 06:32 PM



Ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, mengulangi gesaan parti itu agar pekerja yang diberhentikan mendapat insurans pemberhentian kerja untuk melindungi kepentingan mereka dengan lebih baik.

Dalam amanat Hari Pekerja parti itu pada 30 April, beliau menekankan bahawa syarikat besar dan kecil kini berdepan dengan kos operasi perniagaan yang tinggi.

Pekerja warga Singapura “mungkin menjadi pesimis walaupun dengan (kadar) pekerjaan penuh” disebabkan langkah pengurangan kos oleh banyak syarikat yang menjadi tajuk berita pada 2024, tambah Encik Pritam, yang juga Ketua Pembangkang.

Pelbagai langkah tersebut telah menyebabkan ramai pekerja diberhentikan, selain membuat sebilangan syarikat terpaksa menutup perniagaan di sini dan berpindah ke negara lain di rantau ini, kata beliau dalam satu kenyataan.

“Jika syarikat besar dan syarikat berbilang negara (MNC) yang mempunyai banyak wang mendapati sukar untuk terus beroperasi di Singapura kerana kos menjalankan perniagaan di sini, syarikat kecil dan sederhana (SME) akan berasa lebih tekanan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pada September 2023 bahawa bantuan pengangguran tidak perlu diberikan dalam bentuk skim insurans.

Encik Wong sebaliknya mencadangkan agar bantuan yang dibiayai pemerintah “bersaiz sesuai” di bawah sistem SkillsFuture yang diperluas, bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapi pekerja yang dibuang kerja.

Pada 27 April, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, mengumumkan dalam satu amanat Hari Pekerja bahawa satu skim bantuan baru akan diperkenalkan untuk warga Singapura yang dibuang kerja atau digantikan bukan atas sebab kesalahan sendiri dan masih mencari pekerjaan baru.

Skim baru itu akan diumumkan menjelang akhir 2024.

Bagi menyokong hujahnya bahawa pentingnya memberi sokongan lebih baik kepada pekerja, Encik Pritam menyebutkan hasil satu tinjauan melibatkan sebanyak 605 SME oleh penyedia insurans, QBE Insurance, yang mendapati bahawa separuh daripada SME di Singapura yang ditinjau menyatakan bahawa kos yang meningkat dan keuntungan yang berkurang sebagai cabaran perniagaan utama pada 2024.

Beliau juga menegaskan bahawa sebilangan perniagaan bersaiz mikro, seperti gerai penjaja, terpaksa ditutup, lapor The Straits Times (ST).


Penutupan perniagaan tersebut menambah lagi bilangan perniagaan berprofil tinggi yang terpaksa gulung tikar baru-baru ini, dalam apa yang disifatkan ramai pengusaha restoran sebagai “tahun 2024 yang sukar”.

Selain memperkenal skim insurans untuk pekerja yang diberhentikan, Encik Pritam turut mencadangkan agar pemerintah memberi lebih banyak sokongan kepada SME dalam perkara bukan gaji, memandangkan kos perniagaan di Singapura yang kian meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >