SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Rang tubuh Agensi Pembangunan Kemahiran, Tenaga Kerja secara rasmi dibentang

Rang tubuh Agensi Pembangunan Kemahiran, Tenaga Kerja secara rasmi dibentang

Apr 8, 2026 | 6:12 PM

Rang tubuh Agensi Pembangunan Kemahiran, Tenaga Kerja secara rasmi dibentang

SkillsFuture Singapura, Agensi Tenaga Singapura, Agensi Tenaga Kerja dan Kemahiran Singapura
SkillsFuture Singapura (SSG) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) akan digabungkan menjadi Agensi Pembangunan Kemahiran dan Tenaga Kerja (SWDA) baharu bagi menyelaraskan urusan pekerjaan dan kemahiran bagi rakyat Singapura dengan lebih cekap. Foto diambil di Pameran Pekerjaan dan Kemahiran SSG dan WSG di Bedok pada November 2025. - Foto ST

Satu rang undang-undang bagi menubuhkan Agensi Pembangunan Kemahiran dan Tenaga Kerja (SWDA) secara rasmi sebagai sebuah lembaga berkanun baharu telah diperkenalkan di Parlimen pada 8 April.

Pembentukan lembaga berkanun baharu itu adalah hasil gabungan dua agensi sedia ada – SkillsFuture Singapura (SSG) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).

Diumumkan buat kali pertama oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2026 pada Februari, penggabungan dua agensi itu bertujuan menyelaras urusan pekerjaan dan kemahiran bagi rakyat Singapura dengan lebih cekap.

Ini terutamanya di tengah-tengah persekitaran sejagat yang lebih rumit dan kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi yang pesat.

Rang Undang-Undang SWDA itu telah dibentangkan oleh Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Dinesh Vasu Dash.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Mac, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, telah mengumumkan agensi baharu itu akan dibentuk pada suku ketiga 2026.

SWDA akan berada di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan diselia bersama dengan Kementerian Pendidikan (MOE).

Ketua Eksekutif WSG kini, Cik Dilys Boey, akan menerajui agensi baharu itu.

Ketika ini, WSG merupakan badan berkanun di bawah MOM, manakala SSG di bawah MOE.

Misi SWDA adalah memperkasa rakyat Singapura membangun kemahiran sedia ada untuk masa depan dan mengakses peluang kerja yang baik.

Ia selain membolehkan perniagaan mewujudkan pekerjaan baik untuk rakyat Singapura dan membangunkan tenaga kerja mereka, serta menggalak budaya pembelajaran sepanjang hayat dan kesihatan kerjaya.

Dalam usaha agar dapat bertindak lebih cepat kepada perubahan dalam pasaran pekerja dan ekonomi, SWDA akan memanfaatkan maklumat pasaran pekerja dan rangkaian industri daripada MOM.

Ia juga akan memanfaatkan kepakaran MOE dalam sistem pendidikan, termasuk Institut Pengajian Tinggi (IHL), yang akan terus memainkan peranan besar dalam menyediakan kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET).

Justeru, Dr Tan menyatakan langkah menggabungkan SSG dan WSG menjadi satu agensi baharu itu akan mewujudkan “nadi penggerak tunggal yang berkuasa untuk pembangunan modal insan”.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg