Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Roti bakar kaya antara 50 sandwic terbaik dunia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Roti bakar kaya antara 50 sandwic terbaik dunia

Mar 15, 2024 | 04:31 PM



Roti bakar kaya muncul sebagai salah satu daripada 50 sandwic terbaik di dunia.

Ini menurut ranking Sandwic Terhebat Di Dunia terbitan TasteAtlas – panduan makanan tradisional yang mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan serta artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular – pada 11 Mac.


Daripada 100 sandwic dalam ranking itu, roti bakar kaya berada di tangga ke-42 dan merupakan segelintir sajian dari Asia Tenggara yang ditampilkan.







Roti bakar kaya biasanya terdiri daripada dua keping roti bakar yang kemudian disapu kaya serta sekeping mentega.

Menurut TasteAtlas, hidangan itu seringkali menjadi sarapan popular di Singapura dan Malaysia.

Ia juga sering dimakan bersama telur separa rebus dan secawan teh susu atau kopi panas.

Dalam ranking itu, panduan itu turut merujuk roti bakar kaya sebagai asal dari Singapura dan ia merupakan salah satu daripada segelintir sajian dari Asia yang tampil.

Tempat pertama sandwic terbaik adalah Banh Mi – sejenis sandwic popular asal Vietnam yang berkongsi bahan teras sama iaitu roti Perancis atau baguette.


Menurut TasteAtlas, baguette telah dibawa ke Vietnam semasa zaman penjajah, dan ia kini salah satu warisan daripada zaman penjajahan.

Di tempat kedua adalah sajian asal Turkiye iaitu doner manakala hidangan sinonim di Timur Tengah, Shawarma, berada di tempat ketiga.

Pada Februari 2023, roti canai (atau roti prata, seperti yang dipanggil di Singapura) telah diiktiraf sebagai makanan jalanan kedua terbaik dunia.

Ia diberpuat daripada doh tepung, air, telur dan lemak. Doh dilipat beberapa kali untuk membentuk lapisan, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu di bahagian dalam dan lapisan luar yang rangup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >