Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sediakan ‘wadah’ bagi penggemar kereta lumba Tamiya berkumpul

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sediakan ‘wadah’ bagi penggemar kereta lumba Tamiya berkumpul

Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Apabila peluang untuk menghidupkan semula trend permainan lama timbul, Encik Farhan Muhammad Ali tidak melepaskan peluang tersebut.

Encik Farhan, 37 tahun, berkongsi bahawa beliau memang suka bermain kereta lumba mainan Tamiya ketika muda, dan masih ingat kali terakhir beliau bermain adalah semasa berumur 13 tahun.


“Sebagai pelajar ketika itu, saya tidak mampu kekal bermain kerana bahagian kereta-keretanya terlalu mahal, jadi saya terpaksa berhenti,” kata beliau.

Apabila membeli satu trek perlumbaan Tamiya untuk mengisi ruang kosong yang beliau ada dan memuat naik gambar trek tersebut di Facebook, Encik Farhan mendapati bahawa ramai yang ingin menggunakan trek beliau.

Beliau sedar bahawa ini merupakan masa terbaik untuk membuka kedai Tamiya-nya yang pertama, dipanggil MF11 Mini 4WD, di Woodlands pada 11 Oktober 2021 di tengah-tengah wabak Covid-19.

Tamiya merupakan mainan ‘buat sendiri’ dengan penggemarnya boleh membeli bahagian-bahagian kereta Tamiya yang berbeza untuk mempertingkatkan prestasi Tamiya mereka.


Tamiya popular di Singapura pada era 1990-an kerana terdapat anime dan manga (animasi dan komik Jepun) Bakuso Kyodai Let’s & Go!! – yang disiarkan di televisyen.


Kedai Encik Farhan menjual bahagian kereta lumba mainan tersebut yang bergerak menggunakan enjin kecil dan dua bateri AA.

“Covid-19 menunjukkan kepada saya ketidaktentuan kehidupan, jadi saya memulakan perniagaan dan cuba mempelajari satu kemahiran baru,” jelas beliau apabila ditanya bagaimana mendapat inspirasi bagi memulakan perniagaan Tamiya itu timbul.

Encik Farhan berkongsi bahawa semasa Covid-19, pendapatan beliau sebagai pengarah perkhidmatan kewangan tidak stabil dan ini mendorong beliau berusaha memulakan perniagaan sendiri.

Beliau masih bekerja sebagai seorang pengarah perkhidmatan kewangan walaupun setelah mulakan perniagaan sendiri.

Selain kedai Tamiya, beliau mempunyai beberapa perniagaan lain seperti kedai makanan dan perkhidmatan percetakan.

Walaupun sukar mengimbangi kerjayanya sebagai seorang pengarah perkhidmatan kewangan dan pemilik beberapa perniagaan, beliau berkata ia merupakan langkah penting kerana pendapatannya daripada kerjayanya membiayai perniagaan hobinya.

Kini, beliau menyediakan trek perlumbaan Tamiya di kedainya dan membolehkan pelanggan bermain secara percuma, bahkan, mengadakan perlumbaan setiap minggu.

Walaupun beliau tidak menjana pendapatan daripada mereka yang menggunakan trek perlumbaan itu, Encik Farhan menyediakan bahagian-bahagian Tamiya yang dijual di kedainya.

Beliau juga mendapati tidak banyak kedai yang menyediakan khidmat Tamiya seperti kedainya di Singapura.

Namun, ia bukan mudah untuk memastikan perniagaan itu berjaya.

“Hobi bermain Tamiya hampir pupus sebenarnya, jadi saya cuba hidupkan semula trend ini semasa Covid-19.

“Ia sangat sukar kerana Tamiya merupakan permainan yang popular pada masa lalu tetapi hari ini, minat dalam hobi ini sudah hampir tiada,” tambah Encik Farhan.

Menurutnya, beliau membelanjakan sekitar $100,000 untuk pemasaran di media sosial agar dapat menghidupkan semula minat permainan ini.

Kejayaan beliau di kedai pertama di Woodlands membolehkan beliau membuka dua lagi kedai Tamiya di kawasan Jurong dan Tampines.

Menurut Encik Farhan, beliau mendapat sekurang-kurangnya 50 pelanggan setiap hari di tiga kedai itu.

Dalam menjalankan perniagaan, Encik Farhan menekankan pentingnya sokongan keluarga kerana perniagaan bukan mudah, sambil menambah bahawa “mereka menyokong apa jua yang saya lakukan”.

Memberi nasihat kepada mereka yang ingin menjadikan hobi mereka sebagai satu perniagaan, Encik Farhan berkata:

“Jangan terlalu ikut perasaan dan terlalu ghairah. Banyak perkara boleh menjadi masalah.

“Nasihat saya adalah ialah jangan ikut emosi, sebaliknya berfikir secara rasional serta bersiap sedia untuk menghadapi cabaran. Penting juga untuk pertimbangkan risikonya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >