Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

See Leng: Peluang pekerjaan untuk rakyat, warga asing saling melengkapi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

See Leng: Peluang pekerjaan untuk rakyat, warga asing saling melengkapi

Apr 02, 2024 | 07:03 PM



Singapura tidak boleh melihat rakyat dan warga asing menghadapi persaingan “permainan campur tolak”, atau zero-sum game, yang mana satu pihak menang atas kekalahan pihak lain, dan “terus menimbulkan jurang” antara dua kumpulan itu.


Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di Parlimen pada 2 April sebagai menjawab pertanyaan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), sambil menegaskan rakyat Singapura akan menikmati peluang pekerjaan dan gaji lebih baik jika perniagaan mempunyai akses kepada “pelengkap bakat asing”.

Encik Giam bertanya bagaimana pemerintah akan memastikan sebahagian besar pekerjaan baru yang diwujudkan pada 2024 akan diberikan kepada rakyat dan penduduk, memandangkan warga asing membentuk sebahagian besar pertumbuhan pekerjaan pada 2023.

Menjawab pertanyaan itu, Dr Tan berkata bahawa Encik Giam “nampaknya mempunyai tanggapan salah bahawa peningkatan bersih dalam pekerjaan asing bermakna pekerjaan tidak diberikan kepada rakyat Singapura”, dan menyifatkan pandangan sebegitu sebagai “salah pada asasnya”.

“Perniagaan yang berkembang maju dengan akses kepada bakat asing pelengkap bukan sahaja akan menyebabkan lebih banyak pekerjaan diwujudkan, malah meningkatkan gaji keseluruhan, sedang perniagaan berkembang dan meningkatkan produktiviti,” jelas Dr Tan.

Beliau menambah bahawa matlamat asas pendekatan Singapura adalah “mencapai keseimbangan antara memastikan perniagaan mempunyai akses kepada kemahiran dan tenaga pekerja yang diperlukan untuk berkembang dan berjaya, dan pada masa sama, mewujudkan pelbagai peluang kepada pekerja tempatan kita untuk berkembang dan maju”.

Menurutnya, pendekatan tersebut telah membolehkan rakyat Singapura mendapat pekerjaan baik, lapor The Business Times (BT)


Antara 2013 dengan 2023, bilangan golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang merupakan pemastautin, meningkat sebanyak 380,000, manakala bilangan pemegang Pas Pekerjaan (EP)  dan pemegang Pas S meningkat sebanyak 50,000.

Dalam sektor yang berkembang pesat seperti kewangan, infokom dan perkhidmatan profesional, bilangan golongan PMET pemastautin juga naik sebanyak 190,000, manakala bilangan pemegang EP dan Pas S naik hanya 20,000.

Menurut beliau, gaji bagi rakyat Singapura juga semakin tinggi.

Sepanjang sedekad lalu, gaji penduduk juga meningkat dari segi nilai sebenar, sebanyak 21.6 peratus, kata Dr Tan.

Dalam jawapannya, beliau berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) lebih berminat kepada persoalan sama ada rakyat Singapura yang ingin mencari pekerjaan, mendapat pekerjaan yang diingini.

Ini dicerminkan dalam kadar pekerjaan dan pengangguran dalam kalangan penduduk di sini.

Pada 2023, kadar pekerjaan penduduk Singapura mencapai 66.2 peratus, menjadikannya kadar pekerjaan penduduk keempat tertinggi berbanding ekonomi maju lain dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Sedang pertumbuhan tenaga pekerja pemastautin Singapura semakin perlahan, adalah penting Singapura terus terbuka kepada pekerja asing pelengkap bagi memenuhi permintaan ekonomi dan perniagaan yang kian berkembang, kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >