Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Senarai khidmat pemerintah tidak dikenakan GST diterbit hujung Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai khidmat pemerintah tidak dikenakan GST diterbit hujung Apr

Apr 02, 2024 | 06:51 PM



Senarai perkhidmatan pemerintah yang tidak dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diterbitkan pada hujung April.

Ini untuk mengelakkan berulangnya tersalah kutipan GST untuk perkhidmatan kawal selia, kata Menteri Kedua Kewangan merangkap Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, di Parlimen pada 2 April.

Daripada menyerahkan kepada agensi pemerintah masing-masing untuk menilai yuran bagi kutipan GST, Kementerian Kewangan (MOF) dan Perkhidmatan Hasil Mahsul (IRAS) kini akan bekerjasama rapat dengan agensi pemerintah sedemikian bagi penilaian tersebut.

Menurut laporan The Straits Times (ST), pindaan kepada undang-undang GST Singapura akan menghasilkan kutipan GST untuk lebih 100 perkhidmatan pemerintah yang tidak dikenakan pada masa ini – terutama yuran berkaitan peperiksaan dan pemeriksaan.


Encik Chee berkata pindaan itu menjelaskan hasrat dasar pemerintah untuk GST.

Pendekatannya ialah yuran kawal selia yang dikenakan bagi tujuan kawalan dan kawal selia tidak sepatutnya tertakluk kepada cukai itu, kata beliau.

Ini termasuk permohonan dan pembaharuan lesen profesional kerana ia memberi pemohon hak untuk menjalankan tugas dalam profesion terkawal.

Sebaliknya, yuran untuk penyediaan perkhidmatan, seperti penyewaan kemudahan sukan awam, hendaklah tertakluk kepada GST.

“Pendekatan ini memastikan kesamaan dalam layanan cukai, dengan perkhidmatan yang bakal disediakan oleh, atau penyumberan luar kepada, sektor swasta atau bukan pemerintah adalah tertakluk kepada GST.

“Sesetengah negara yang mengenakan GST juga mengamalkan prinsip yang sama,” jelas Encik Chee.

Beliau menyatakan beberapa agensi telah mengenakan GST ke atas yuran peperiksaan yang perlu diambil oleh seseorang sebelum diberi lesen untuk memulakan tugas dalam industri terkawal tertentu.

Namun demikian, agensi lain tidak mengenakannya kerana tafsiran berbeza terhadap Akta GST.

Berdasarkan hasrat dasar pemerintah, beliau menjelaskan yuran peperiksaan sedemikian sepatutnya dikenakan GST dan hanya yuran lesen yang diberi kemudian apabila lulus tidak boleh dikenakan cukai, katanya.

Untuk mengurangkan kesan kepada masyarakat umum, pemerintah akan membeku yuran sedemikian dan menyerap GST tersebut sehingga akhir 2025.

“Oleh itu, semua yuran yang terjejas tidak akan meningkat serta-merta akibat daripada pindaan ini,” kata Encik Chee.

MOF juga telah meminta agensi yang terlibat untuk menyemak yuran dan caj ini dan mempertimbangkan cara untuk menyelaraskan proses atau mengurangkan kos.

Pindaan kepada undang-undang GST dibuat selepas pemerintah mendapati kesilapan dalam kutipan GST semasa semakan dalaman oleh MOF pada November 2023, apabila ia memeriksa bagaimana cukai itu dikenakan untuk perkhidmatan pemerintah.

Pada 14 Februari, sekurang-kurangnya $7.5 juta hasil GST ke atas perkhidmatan kawal selia disalah kutip setelah ia dianggap sebagai yuran pemprosesan oleh enam agensi awam.

Agensi itu adalah Majlis Agensi Hartanah, Lembaga Perumahan dan Pembangunan, Penguasa Pengangkutan Darat, Agensi Makanan Singapura, Penguasa Pembangunan Semula Bandar dan Pejabat Penjaga Awam di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Encik Chee memohon maaf dan berkata ia akan membayar balik GST kepada pembayar cukai ke atas yuran tersebut, dengan faedah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >