Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Singapura ‘kaya’ penulis buku Melayu hebat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura ‘kaya’ penulis buku Melayu hebat

Mar 18, 2024 | 09:59 AM



Sekiranya ibu bapa mahu menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca buku Melayu, apa kata mereka mencari buku-buku Melayu tempatan, hasil karya penulis Singapura.

Ini kerana membaca buku Melayu tempatan adalah satu cara bagi kita memelihara dan mempromosikan naratif Singapura yang tersendiri, menurut penulis Encik Hassan Ali.

“Isi kandungan kesusasteraan kanak-kanak Melayu Singapura mencerminkan budaya-sosial Singapura yang unik. Di Singapura, kita lihat sastera kanak-kanak menggunakan latar yang biasa dilihat dan dikenali. Penulis tempatan juga menerapkan tradisi dan nilai-nilai tempatan masyarakat Melayu Singapura. Cerita-ceritanya juga menangani isu-isu yang relevan dengan Singapura, mengintegrasikan unsur-unsur budaya berbilang kaum negara ini,” kata Encik Hassan.

Selain itu, membaca buku Melayu tempatan boleh menambahkan pengetahuan. perbendaharaan kata dan membolehkan kita mengenali jiwa, budaya dan intelektual orang-orang Melayu tempatan, kata seorang lagi penulis, Cik Maria Mahat.

Dalam pada itu, buku Melayu tempatan akan menggambarkan masalah atau cabaran yang penduduk Singapura hadapi.

Menerusi pembacaan buku Melayu tempatan, ia juga sekali gus menyokong perkembangan sastera Melayu Singapura dan menggalakkan penulis setempat untuk berkarya, tambah penulis Cik Nur-El-Hudaa Jaffar.

Dari segi penggunaan bahasa, buku Melayu Singapura ditulis mengikut loghat kita tersendiri, kata Encik Hassan, dan kerencaman ini menonjolkan lagi keunikan sastera tempatan.

Empat novel baru

Keempat-empat penulis tersebut, Encik Hassan Ali, Cik Maria Mahat, Cik Amanah Mustafi dan Cik Nur-El-Hudaa Jaffar masing-masing telah melancarkan novel kanak-kanak Melayu terbitan Pustaka Nasional buat pembaca muda berusia lapan hingga 12 tahun sempena Pesta Penulis Singapura (SWF) pada November 2023.

Encik Hassan berharap novel fantasinya berjudul Pengembaraan Zac Rushd: Cincin Bimasakti bakal merangsangkan keseronokan membaca apabila pembaca muda mengikuti pengembaraan Zac yang mengatasi halangan dengan kecekapan, daya tahan dan keberanian.


Novel tulisan Cik Maria, Sahabat Hebat: Rahsia Haiwan Hibrid mempunyai elemen-elemen humor, saspens dan putar belit plot, manakala novel tulisan Cik Amanah berjudul Yaya dan Kacang Hantu merupakan fiksi sejarah berlatarkan Singapura pada tahun 1970 di Sekolah Rendah Gabungan Jervois Barat yang terletak berhampiran dengan Alexandra Road.


Cik Nur-El-Hudaa pula memilih genre realiti kontemporari bagi novel berjudul Cakap, Mila! Cakap!


Buku ini bertujuan mengajak pembaca menimbangkan peri penting meluahkan perasaan dan pendapat, lebih-lebih lagi dalam menghadapi çabaran atau situasi baharu.

Keempat-empat novel tersebut adalah sebahagian daripada 10 novel dalam bahasa ibunda yang diterbitkan di bawah inisiatif Beyond Words.

Inisiatif Beyond Words anjuran Majlis Buku Singapura (SBC) dan disokong oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) memberi para penulis peluang untuk menyertai bengkel-bengkel penulisan dan program bersama mentor-mentor dari dalam dan luar negara dari September 2021 hingga Disember 2021.

Mengulas tentang inisiatif Beyond Words, pengarah syarikat penerbitan buku, Pustaka Nasional, Encik Syed Ali Semait berkata:

“Ini adalah satu usaha untuk menggalakkan penulis tempatan untuk menulis dalam pelbagai genre dengan sokongan dana dari NAC dan pengendalian projek oleh SBC.

“Pihak penerbit membantu dalam penghasilan karya mereka dan menyunting sesuai untuk pelajar dalam kalangan umur tersebut.. Penerbit juga pastikan bahawa buku yang diterbit dipasarkan ke sekolah-sekolah, pameran buku dalam dan luar negeri, perpustakaan dan kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Amazon dan kedai buku Melayu di Singapura.

“Projek Beyond Words ini juga telah membantu untuk mengemaskinikan karya penulis supaya lebih mantap dan serasi dengan selera kanak-kanak tersebut dengan asuhan dan galakan daripada mentor penulis dalam genre tersebut.”

Harus ada lebih kesedaran terhadap penulis buku Melayu tempatan

Terbitan empat novel Melayu tersebut merupakan usaha berterusan untuk menggalakkan pembaca kanak-kanak dan remaja Singapura untuk menghargai kesusasteraan Melayu tempatan.

Menurut Cik Nur-El-Hudaa, antara komen yang beliau terima daripada pengunjung semasa di Pesta Buku Melayu Singapura ialah mereka tidak sedar akan jumlah dan kepelbagaian buku kanak-kanak yang diterbitkan oleh penulis setempat.

Ini mungkin kerana mereka tidak tahu yang buku-buku tempatan di perpustakaan biasanya diletak di rak yang khusus iaitu di bahagian ‘Singapore Collection’.

Justeru, keempat-keempat penulis tersebut berpendapat bahawa semua pihak yang berkepentingan harus memainkan peranan masing-masing termasuk penulis, penerbit, agensi-agensi berkepentingan, sekolah serta masyarakat umum untuk membawa kesedaran tentang sastera Melayu Singapura dan meningkatkan budaya membaca dalam masyarakat Melayu dalam bahasa Melayu.

Kata Cik Nur-El-Hudaa, “Penulis tempatan masih memerlukan sokongan media massa Singapura - akhbar, radio dan televisyen.

“Acara penganugerahan dan sayembara wajar diuar-uarkan dan para pemenang

ditonjolkan. Juga wajar ialah kegiatan silang media.

“Contohnya, jika ada konsert di televisyen, sertakanlah deklamasi sajak atau lakonan cebisan karya; jangan dihadkan untuk acara pembukaan Bulan Bahasa sahaja.

“Penulis juga boleh meneroka saluran-saluran yang sedia ada untuk menampilkan karya mereka. Pendek kata, ini memerlukan usaha padu pelbagai pihak.”

Di samping itu, Cik Amanah berpendapat bahawa kesedaran terhadap pentingnya bahasa Melayu harus dipupuk pada keluarga dan guru serta sekolah. Hanya dengan cara itu, buku Melayu akan mendapat persepsi yang positif.

Ayuh baca!

Pengembaraan Zac Rushd: Cincin Bimasakti oleh Hassan Ali

Apabila keselamatan Singapura diancam oleh serangan makhluk dari alam lain, Zac Rushd, pelajar 14 tahun, bertungkus-lumus menjalankan tugas yang diwarisi untuk melindungi tanah air. Seterusnya mengejar kuasa Cincin Bimasakti yang dibawa dari zaman Hang Tuah dan Zac perlu berdepan dengan kemungkinan membuat pengorbanan yang hebat.

Sahabat Hebat: Rahsia Haiwan Hibrid oleh Maria Mahat

Aidan tidak menyangka telur besar misteri yang dia bawa pulang secara sembunyi-sembunyi akan menetas! Aidan memuat naik video haiwan aneh itu, tetapi makhluk itu mula diburu orang. Siapakah mereka? Aidan mesti menyelamatkan rakan baharunya sebelum terlambat!

Cakap, Mila! Cakap! Oleh Nur-El-Hudaa Jaffar

Ada rahsia terpendam yang menyebabkan Mila ingin sekali menyertai sukan bola keranjang. Namun, Mila yang pendiam tidak tahu apa hendak dikata untuk menyakinkan ayah. Dia melakar rancangan bertindak. Sungguhpun begitu, apabila kejadian mendebarkan berlaku, Mila melakukan sesuatu yang tidak disangkanya sendiri. Berjayakah Mila nanti?

Yaya dan Kacang Hantu oleh Amanah Mustafi

Berlatarkan suasana Singapura pada tahun 1970, cerita ini menampilkan Yaya yang sering diganggu oleh rakan sekolahnya, Lan. Yaya juga menjadi mangsa fitnah. Satu hari, Yaya melarikan diri daripada Lan tetapi berhadapan dengan suasana penuh misteri dan cemas. Apabila Lan dan kawan-kawan lain turut terlibat, Yaya harus nekad.

Jangan lepaskan peluang menerokai dunia kanak-kanak yang padat dengan pengajaran, imaginasi dan emosi yang pasti akan membuka minda dan mata pembaca.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pustaka Nasional di talian 6445-1865 atau e-mel pustakanasional@me.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >