Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura antara negara kecam Houthi serang kapal komersial di Laut Merah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura antara negara kecam Houthi serang kapal komersial di Laut Merah

Jan 05, 2024 | 03:33 PM



Singapura menyertai 12 negara lain dalam mengecam serangan Houthi terhadap kapal-kapal komersial di Laut Merah dan memberi amaran akan ada akibatnya jika serangan diteruskan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menerusi bilik taklimat Rumah Putih pada 3 Januari (waktu Amerika Syarikat), kesemua 13 negara itu menyeru agar serangan Houthi yang sedang berlangsung dihentikan, sambil mengatakan serangan itu “tidak sah, tidak boleh diterima dan sangat mengganggu kestabilan”.

“Tiada justifikasi yang sah untuk menyasarkan kapal awam dan kapal tentera laut dengan sengaja,” kata kenyataan itu.

Serangan itu, termasuk penggunaan peluru berpandu balistik anti-kapal, mengancam kebebasan navigasi di salah satu laluan air paling kritikal di dunia, tambah kenyataan tersebut.

“Serangan ini mengancam nyawa yang tidak bersalah dari seluruh dunia dan merupakan masalah antarabangsa yang penting, yang memerlukan tindakan bersama.”

Hampir 15 peratus perdagangan laut global melalui Laut Merah, yang merupakan pintu masuk ke Terusan Suez – laluan perkapalan terpendek antara Eropah dengan Asia.

Akibat serangan Houthi itu, yang bermula pada November 2023, syarikat perkapalan utama terpaksa mengalihkan laluan kapal mereka di sekitar Cape of Good Hope di Afrika Selatan, mengakibatkan penambahan kos, menangguhkan penghantaran dan menjejaskan pergerakan makanan, bahan api serta bantuan kemanusiaan di seluruh dunia, kata kenyataan itu.

“Biar mesej kami ini jelas: Kami menyeru agar serangan haram ini ditamatkan serta-merta dan pembebasan kapal dan anak kapal yang ditahan secara tidak sah. Houthi akan memikul tanggungjawab akibat daripada serangan itu sekiranya mereka terus mengancam nyawa, ekonomi global dan aliran bebas perdagangan di laluan air kritikal di rantau ini,” tambahnya.

Selain Singapura, kenyataan itu ditandatangani oleh Amerika, Australia, Bahrain, Belgium, Canada, Denmark, Jerman, Italy, Jepun, Belanda, New Zealand dan Britain, menurut laporan The Straits Times (ST).


Kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar serangan Houthi dihentikan semasa mesyuarat rasmi pada 3 Januari.

Serangan Houthi itu adalah percubaan untuk memberi tekanan kepada Israel supaya menghentikan perangnya terhadap Hamas di Jaluran Gaza.

Pada 31 Disember 2023, Houthi cuba menaiki kapal Maersk Hangzhou yang mengibarkan bendera Singapura, sebuah kapal kontena yang dimiliki dan dikendalikan oleh Denmark.

Tentera Amerika menenggelamkan tiga kapal dan membunuh 10 anggota Houthi yang disokong Iran ketika itu, dengan Maersk menghentikan semua pelayaran melalui Laut Merah selama 48 jam berikutan serangan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >