Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

S’pura hantar pakej bantuan ketiga ke Gaza melalui Jordan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura hantar pakej bantuan ketiga ke Gaza melalui Jordan

Dua pesawat RSAF dikerah termasuk lepaskan bantuan dari udara; Vivian, Zaqy juga lawat Jordan
Mar 15, 2024 | 02:33 PM



Singapura akan menghantar pakej bantuan kemanusiaan ketiga ke Gaza semasa Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan mengadakan lawatan ke Amman, Jordan, dari 16 hingga 17 Mac.

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk menghantar bantuan kecemasan di kawasan konflik Israel-Palestin, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 15 Mac.

RSAF telah mengerahkan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 dan pesawat pemunggah C-130 dengan 69 kakitangan untuk menyokong operasi tersebut, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan berasingan.

Atas undangan kerajaan Jordan, pesawat C-130 akan kekal di negara itu untuk mengambil bahagian dalam operasi melepaskan bantuan kemanusiaan dari udara.

Mindef berkata Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menerajui usaha menyelaras dan menyatukan sumbangan bekalan bantuan kemanusiaan daripada beberapa agensi.

Ini termasuk SAF, Kementerian Kesihatan (MOH) dan pertubuhan bukan pemerintah, Relief Singapore.







MFA berkata lawatan Dr Balakrishnan ke Jordan itu mengesahkan hubungan kukuh Singapura dengan rakan-rakan di Timur Tengah, yang membolehkan negara ini menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan berkesan dan tepat pada masanya.

Dr Balakrishnan, dalam satu kiriman Facebook pada 15 Mac, berkata operasi terkini itu menunjukkan keprihatinan mendalam Singapura terhadap situasi kemanusiaan yang amat serius di Gaza.

“Penghantaran bantuan langsung kepada penduduk Gaza oleh RSAF akan menyelamatkan nyawa.

“Dalam pada itu, kami berharap usaha diplomatik yang gigih akan mencapai gencatan senjata kemanusiaan segera agar usaha penghantaran bantuan kemanusiaan dapat dipercepatkan,” tulis beliau.

Dr Balakrishnan akan diiringi Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dan pegawai MFA semasa lawatannya itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengutus surat kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein, untuk merakamkan penghargaan kepada kerajaan negara itu dalam usaha mengendalikan bantuan kemanusiaan Singapura ke Gaza.

Encik Lee, dalam surat itu, berkata memandangkan keadaan kemanusiaan yang amat serius di Gaza, masyarakat antarabangsa harus bekerjasama untuk mengurangkan penderitaan dan menyelamatkan seramai mungkin nyawa yang tidak bersalah.

Beliau menambah bahawa Singapura akan melakukan apa yang termampu untuk membantu penduduk Gaza.

Encik Lee turut berkata Singapura terus menghargai kepimpinan aktif Raja Abdullah dalam mencari penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin.

“Kami percaya bahawa penyelesaian dua negara yang dirundingkan, yang selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan, adalah satu-satunya pilihan berdaya maju untuk mencapai keamanan menyeluruh, adil dan bertahan lama antara Israel dengan Palestin.

“Jalan ke hadapan akan lebih mencabar dari sebelumnya, tetapi kita tidak boleh putus harapan,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam kiriman di Facebook pula berkata kemusnahan di luar sasaran di Gaza sangat mengejutkan, dan Singapura akan terus melakukan apa sahaja yang termampu bersama dengan negara lain yang berfikiran serupa untuk membantu penduduk Gaza, menyeru bagi gencatan senjata kemanusiaan segera serta penamatan permusuhan, dan penyelesaian dua negara yang dirundingkan antara Israel dengan Palestin.

Gaza menghadapi sekatan sebelum berlakunya serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, namun sekitar 500 trak makanan dan bekalan lain masih memasuki wilayah itu setiap hari.


Bagaimanapun, jumlah itu telah turun sekitar 75 peratus sejak konflik berlaku, menurut data PBB.


Kebanyakan bantuan yang masuk ke Gaza disaring oleh Israel di Kerem Shalom, sebuah stesen kastam di sempadan antara Mesir, Israel dengan Gaza sebelum dibawa masuk melalui Rafah, lintasan utama di selatan antara Mesir dengan Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >