Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

S’pura, Jordan perkukuh kerjasama dua hala termasuk dalam pensijilan halal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Jordan perkukuh kerjasama dua hala termasuk dalam pensijilan halal

Jan 12, 2024 | 07:50 PM



Singapura dan Jordan mengesahkan hubungan dua hala yang rapat antara kededua negara apabila Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertemu Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II, secara berasingan.

Putera Mahkota Jordan itu telah diberi sambutan penuh istiadat di Istana pada 12 Januari.

Satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan Presiden Tharman dan Putera Mahkota itu mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan Jordan dan menghargai pertukaran lawatan peringkat tinggi.

Dalam kiriman di Facebook, Encik Lee pula berkata beliau gembira Putera Mahkota itu telah menerima undangannya bagi lawatan rasmi ke Singapura.

Encik Lee turut mengakui persamaan Singapura dan Jordan sebagai masyarakat pluralistik yang menghargai dan menggalakkan keharmonian antara agama.

Selain itu, kedua-dua negara juga bekerjasama dalam pentadbiran awam dan pembangunan modal insan termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional.

Semasa pertemuan mereka, Encik Lee dan Putera Mahkota Al Hussein telah bertukar-tukar pandangan tentang apa yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Jordan memainkan peranan penting di tengah-tengah ketegangan di rantau itu. Singapura amat tertekan dengan penderitaan manusia besar-besaran dan kehilangan nyawa orang awam di Gaza.

“Kami menyokong gencatan senjata kemanusiaan segera untuk memudahkan penghantaran bantuan ke Gaza,” kata Encik Lee.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Jordan atas sokongan negara tersebut kepada pelajar Singapura yang menuntut di Amman dan Irbid.

Semasa lawatan itu, Putera Mahkota Jordan itu telah bertemu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; dan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

Dalam pada itu, Singapura dan Jordan telah menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dan strategik kedua-dua negara pada 12 Januari.

Salah satu MOU yang ditandatangani ialah antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan Pertubuhan Piawaian dan Metrologi (JSMO) Jordan untuk mempromosi dan membangunkan kerjasama antara Singapura dan Jordan dalam bidang pensijilan halal.

Di bawah MOU ini, kedua-dua pihak akan memperkukuh, mempromosi dan membangunkan kerjasama dengan pengiktirafan bersama terhadap pensijilan halal masing-masing.

Ini termasuk pertukaran pengalaman dan pengetahuan dalam bidang teknologi, sumber manusia, infrastruktur kemudahan, penyelidikan dan pembangunan untuk produk halal dan bidang kerjasama lain yang akan dipersetujui bersama.

Mengulas tentang perkara tersebut, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu kiriman di Facebook, berkata:


“MOU mengenai kerjasama halal yang telah kami tandatangani dengan negara-negara seperti Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan kini Jordan, membantu membuka pintu untuk perniagaan Singapura untuk membawa produk-produk halal mereka ke pasaran luar negara di Timur Tengah.


“Saya mengalu-alukan kerjasama yang lebih mendalam dengan negara-negara ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >