Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura kekal sokong negara membangun: Maliki

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura kekal sokong negara membangun: Maliki

Gesa kerjasama kuatkan suara Selatan, bersama pihak lain berasas peraturan bagi cari huraian sepakat
Jan 22, 2024 | 06:15 PM



Singapura akan memainkan peranannya menyokong negara membangun dengan memberi sumbangan bermakna, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), pada Sidang Puncak Selatan Ketiga di Kampala, Uganda pada 21 Januari.

Transkrip ucapan beliau diberi Kementerian Ehwal Luar (MFA) kepada media tempatan pada 22 Januari.

Dalam ucapannya, Dr Maliki juga menyentuh tentang komitmen Singapura untuk bekerjasama dengan negara membangun bagi mencapai keutamaan Pemerintah Kumpulan 77 (G77) dan China, khususnya dalam empat bidang utama.

Untuk menangani bidang perubahan iklim, Singapura mengumumkan beberapa daya usaha baru untuk menyokong dan mempercepatkan peralihan hijau di rantau ini di persidangan iklim COP28.

Keputusan oleh pihak di COP28 untuk beralih daripada bahan api fosil dalam sistem tenaga – dengan cara yang adil, teratur dan saksama – merupakan perkembangan penting dan positif.

Namun, peralihan ini akan menjejas negara membangun.

Oleh itu, lebih banyak perlu dilakukan untuk menggerakkan teknologi dan kewangan di negara membangun untuk menyokong pembangunan mampan.

“Walaupun negara maju mesti mendahului dalam bidang ini, ada ruang untuk kerjasama lebih besar di Selatan supaya tidak ada yang ketinggalan,” kata Dr Maliki.

Dari segi perdagangan, Singapura mengalu-alukan komitmen G77 dan China kepada sistem perdagangan terbuka dan teratur, dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai langkah perlindungan dan perjanjian perdagangan berat sebelah, yang bertentangan dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Bidang teknologi turut menjadi satu keutamaan yang disampaikan oleh Dr Maliki semasa sidang itu.

Mengulas tentang teknologi Dr Maliki berkata: “Usaha serius dan bersepadu diperlukan untuk memanfaatkan teknologi, termasuk dengan bekerjasama dengan rakan kongsi global dan masyarakat untuk merapatkan jurang teknologi dan digital, serta menggalak kemasukan dan ketersambungan lebih besar.”

Dr Maliki menggesa pemerintah negara-negara bekerjasama untuk membina sistem tadbir urus global lebih inklusif, termasuk melalui pembaharuan institusi global utama, agar lebih mencerminkan realiti semasa dan bertindak balas terhadap cabaran yang muncul.

Lembaga Penasihat Peringkat Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ‘Multilateralisme Berkesan’ telah mengemukakan beberapa cadangan, termasuk mengenai penggunaan semula sistem bank pembangunan pelbagai hala.

Lembaga itu bertujuan mengukuhkan pengaturan tadbir urus yang boleh menyampaikan barangan awam global (GPG).

“Singapura akan kekal bekerjasama rapat dengan G77 dan China untuk memastikan Sidang Puncak Masa Hadapan akan menyampaikan hasil yang memberi manfaat kepada semua, termasuk negara membangun,” ujar Dr Maliki.

Sebagai kumpulan negara membangun terbesar di PBB, G77 dan China mempunyai peranan unik dalam menyumbang untuk menyelesaikan cabaran pembangunan, ujar beliau.

“Kami berada dalam kedudukan untuk menguatkan suara Selatan mengenai isu ini dan bekerjasama dengan pihak lain dalam rangka kerja pelbagai hala berasaskan peraturan untuk mencari penyelesaian sepakat.

“Khususnya, kita mesti meneruskan usaha tidak berbelah bahagi ke arah pencapaian sepakat Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030,” tambah Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >