Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura sedia hulur bantuan, lakukan yang termampu dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza: Vivian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura sedia hulur bantuan, lakukan yang termampu dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza: Vivian

Mar 17, 2024 | 08:07 PM



Singapura bersedia menghulurkan bantuan dan melakukan apa yang termampu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada orang awam yang terjejas di Gaza, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Meskipun konflik di Gaza itu jauh dari Singapura, beliau berkata ia meninggalkan kesan yang mendalam pada ramai rakyat Singapura.

“Perasaan prihatin dan belas kasihan itu sangat menyerlah hingga kita mampu bertindak.

“Jika kita boleh terus memainkan peranan itu dan mempamerkan semangat Singapura... kita boleh meninggalkan kesan dengan cara kita sendiri,” ujarnya.

Dr Balakrishnan berkata demikian ketika ditemui media Singapura selepas lawatannya ke Pangkalan Udara Raja Abdullah II – sekitar 40 kilometer di luar ibu negara Jordan, Amman – bagi upacara untuk menandakan ketibaan pakej bantuan kemanusiaan ketiga Singapura buat Gaza, pada 17 Mac.

Meskipun sukar untuk meramalkan sama ada rundingan bagi gencatan senjata kemanusiaan segera akan berjaya, beliau berkata terdapat keperluan segera untuk menyampaikan bantuan kepada 2.3 juta penduduk di wilayah Palestin yang dilanda perang dan kini berdepan dengan masalah kebuluran.

“Ia bukanlah satu rundingan yang mudah dan sebenarnya konflik politik dan ketenteraan yang berlaku merupakan sesuatu yang sangat rumit.

“Jadi kita hanya boleh berharap bahawa pihak terlibat bersikap tenang demi rakyat, orang awam dan mereka yang tidak bersalah di Gaza. Tiada cara untuk meramalkan bila rundingan itu akan berhasil.

“Namun sekarang ini... bantuan segera diperlukan. Kami akan melakukan apa yang kami mampu,” ujar Dr Balakrishnan.

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah menghantar dua pesawat iaitu Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (MRTT) dan pesawat pemunggah C-130, dengan pesawat C-130 itu akan mengambil bahagian dalam operasi melepaskan bantuan kemanusiaan dari udara.


RSAF akan bekerjasama dengan Angkatan Bersenjata Jordan untuk menghantar bantuan kemanusiaan di kawasan konflik Israel-Palestin itu.

Rundingan baru mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza dengan Israel dan Hamas dijangka disambung semula di Qatar minggu ini, selepas rundingan awal gagal dicapai awal minggu lalu, sebelum Ramadan bermula. 

Bagaimanapun, pengantara antarabangsa masih bertekad untuk mencapai kata sepakat untuk mengelak serangan Israel ke atas Rafah dan membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke kawasan terjejas untuk mengelakkan masalah kebuluran secara besar-besaran.

Dalam rangka lawatannya ke Jordan, Dr Balakrishnan juga bertemu rakan sejawatannya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, pada 16 Mac.







Mereka bersetuju bahawa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza segera diperlukan dan bahawa lebih banyak saluran harus diterokai untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, di mana ratusan ribu orang berada di ambang kebuluran.

Mereka menyatakan semasa pertemuan mereka di ibu kota Amman bahawa hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dengan Jordan telah membolehkan kedua-dua pihak bekerja rapat untuk menganjurkan misi bantuan kemanusiaan RSAF yang sedang berlangsung bagi wilayah Palestin yang dilanda perang.

Dalam hantaran Facebook beliau, Dr Balakrishnan berkata beliau dan Encik Safadi telah berkomunikasi dua minggu lalu mengenai keadaan yang kian membimbangkan di Gaza serta cara Singapura dan Jordan boleh bekerjasama untuk mennyampaikan bantuan.

“Saya berterima kasih kepadanya atas pertolongan pantas Jordan bagi bantuan kemanusiaan kami ke Gaza,” tambah Dr Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >