Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Suhu lebih panas, hujan lebih lebat diramal di S’pura jelang 2100

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suhu lebih panas, hujan lebih lebat diramal di S’pura jelang 2100

Perubahan iklim cabaran nyata; sebab itu negara telah banyak labur buat persediaan: Grace Fu
Jan 05, 2024 | 03:08 PM



Menjelang 2100, Singapura boleh menjangkakan suhu lebih tinggi, hujan lebih lebat, dan musim kemarau yang lebih lama dan kerap, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Jika keadaan sedemikian dibiarkan, tambah beliau, ia boleh membawa kepada cabaran iklim secara tidak langsung terhadap bekalan air dan makanan.

Berucap semasa pembukaan Simposium Kajian Perubahan Iklim Nasional Ketiga Singapura atau V3 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands pada 5 Januari, Cik Fu menjelaskan:

“Perubahan iklim adalah cabaran yang wujud untuk Singapura, dan pemerintah memandangnya dengan serius. Kita telah banyak melabur untuk memahaminya dengan lebih baik, dan sudah memulakan kerja perancangan dan persediaan kita.

“Sejak 2007, kita telah menjalankan tiga Kajian Perubahan Iklim Nasional untuk lebih memahami kesan perubahan iklim ke atas Singapura.”

Laporan V3, yang dikeluarkan pada 5 Januari oleh Pusat Penyelidikan Iklim Singapura (CCRS), menunjukkan beberapa ramalan perubahan iklim yang boleh dijangkakan oleh Singapura menjelang 2100.

Ia juga menyediakan asas saintifik untuk semua pihak berkepentingan seperti agensi pemerintah, ahli akademik, perniagaan dan badan-badan masyarakat untuk bersedia menghadapi masa depan yang berdaya tahan iklim.

“Berbekalkan ramalan ini, kita akan berusaha melindungi Singapura yang mampan, berdaya tahan dan boleh didiami untuk generasi akan datang, seperti yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita untuk kita,” kata Cik Fu.

Salah satu ramalan menunjukkan bahawa Singapura dijangka menjadi lebih panas, dengan purata suhu tahunan meningkat antara 0.6 dan 5 darjah Celsius menjelang tahun 2100.

“Hari yang sangat panas akan menjadi lebih kerap. Singapura mengalami suhu maksimum harian melebihi 35 darjah Celsius selama 21.4 hari setahun secara purata sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu.

“Menjelang akhir abad, kita akan melihat antara 41 dengan 351 hari setahun secara purata di mana suhu maksimum harian mencapai ketinggian seperti itu,” kata CCRS.

Ia turut meramalkan lebih banyak malam hangat yang menyaksikan suhu melebihi 26.3 darjah Celsius.

Daripada purata 76 malam setahun dalam tempoh 40 tahun yang lalu, Singapura boleh mengalami malam yang hangat pada kebanyakan malam seluruh tahun menjelang akhir abad, tambahnya.

Ramalan dalam laporan itu adalah berdasarkan tiga senario pelepasan gas rumah hijau (GHG) global iaitu rendah, sederhana dan tinggi, dan masing-masing bergantung pada usaha yang diambil oleh negara-negara seluruh dunia menjelang 2100.

Senario pelepasan rendah mencerminkan dunia yang telah beralih kepada laluan pembangunan mampan manakala senario pelepasan tinggi mencerminkan dunia yang terus didorong oleh pembangunan berasaskan bahan api fosil intensif tenaga.


Laporan itu juga meramalkan bahawa jumlah hujan semasa musim kemarau monsun barat daya dari Jun hingga Ogos boleh turun lebih rendah dengan ketara berbanding paras terendah dalam sejarah iaitu 314 milimeter yang kali terakhir direkodkan pada 1997.

Bagi musim hujan monsun timur laut dari November hingga Januari, jumlah hujan diramalkan naik lebih tinggi melebihi paras tertinggi dalam sejarah iaitu 1,507 milimeter yang kali terakhir direkodkan pada 2006.

“Hujan harian yang melampau diramal meningkat merentasi semua musim, dengan peningkatan antara 6 hingga 92 peratus antara April dan Mei.


“Sebaliknya, musim kemarau mungkin lebih kerap dan bertahan lebih lama, dengan Singapura mengalami purata satu musim kemarau setiap 10 hingga 60 bulan menjelang akhir abad,” kata CCRS.


Musim kering merupakan tempoh sekurang-kurangnya 15 hari berturut-turut di mana jumlah hujan harian kurang daripada 1.0mm.


Purata paras laut di sekitar Singapura juga diramal meningkat sebanyak 0.23 meter hingga 1.15 meter menjelang akhir abad, dan sehingga sekitar 2 meter menjelang 2150 di bawah senario pelepasan tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >