Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Surbana Jurong rasmikan ibu pejabat global baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Surbana Jurong rasmikan ibu pejabat global baru

Mar 13, 2024 | 05:16 PM



Surbana Jurong telah merasmikan SJ Campus, ibu pejabat global baru syarikat tersebut pada 13 Mac.

Dengan keluasan binaan seluas 1,200,000 kaki persegi, ia boleh menampung 4,000 kakitangan dan anggota masyarakat lain, sekali gus menjadikan ini kali pertama sejak penubuhan Surbana Jurong sebagai kolektif perunding persekitaran binaan pada 2015, dengan pekerja daripada entiti berbeza di Singapura dapat berkumpul di bawah satu bumbung.

Terletak di CleanTech Park di Daerah Inovasi Jurong (JID), kampus itu merupakan pusat strategik untuk kerjasama, pembelajaran dan makmal hidup (living lab) untuk penyelesaian inovatif bagi persekitaran terbina.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Surbana Jurong, Encik Sean Chiao, berkata:

“Kampus ini lebih daripada sebuah ibu pejabat global; ia adalah makmal hidup untuk menginovasi penyelesaian dan menolak sempadan pembangunan mampan.

“Selama bertahun-tahun, Surbana Jurong telah mengumpulkan portfolio untuk menyuntik pemikiran dan bakat baru dan memacu keupayaan kami untuk mengubah persekitaran terbina.

“Di SJ Campus, bakat kami yang pelbagai berkumpul untuk bekerjasama dan menyelesaikan masalah pelanggan kami yang paling kompleks.”

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat tersebut, pasukan pelbagai disiplin menyediakan perkhidmatan perundingan daripada seni bina, seni bina landskap, kejuruteraan dan pengurusan projek, strategi tempat kerja, pengurusan kemudahan bersepadu dan perkhidmatan keselamatan untuk menjayakan projek SJ Campus itu.

Terletak di tapak padang yang belum dibangunkan sebelum ini, reka bentuk SJ Campus mengekalkan lebih separuh daripada ruang hijau sedia ada dan menggantikan kawasan hijau terbina dengan taman atas bumbung, taman dalaman yang subur dan landskap luaran yang luas.

Sejak awal pembinaan, pemetaan dan analisis terperinci tapak dilakukan untuk melihat lokasi spesifik flora sedia ada, termasuk pokok beringin yang dianggarkan berusia lebih 60 tahun.

Kesemua 10 menara kampus dihubungkan oleh laluan pejalan kaki dan halaman tertutup, yang membolehkan cahaya semula jadi dan udara segar masuk.

Kemudahan yang tersedia termasuk kawasan serbaguna 1,000 tempat duduk, dewan besar, teres atas bumbung, ruang istirahat dan gimnasium yang akan dibuka tidak lama lagi.

Kebanyakan ruang ini memanfaatkan pemandangan semula jadi, dengan tingkap besar yang menghadap ke taman.

Kampus itu juga merupakan destinasi menarik bagi peminat berjalan kaki, pemerhati burung, penunggang basikal dan keluarga yang menerokai Jurong Eco-Garden.

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan di kafeteria di dalam kawasan kampus.

Projek SJ Campus itu telah dianugerahkan pensijilan Green Mark Platinum Super Low Energy (SLE) daripada Penguasa Bangunan dan Pembinaan Singapura (BCA) dan BCA-HPB Green Mark Platinum untuk Tempat Kerja yang Lebih Sihat.


Kampus itu direka bentuk untuk kebolehsenggaraan dan menggunakan pengurusan kemudahan bersepadu untuk mengoptimumkan kecekapan operasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >