Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

SUSS perkenal Biasiswa Ali Haji Mohamed

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSS perkenal Biasiswa Ali Haji Mohamed

Jan 18, 2024 | 05:31 PM



Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) telah memperkenalkan Biasiswa Ali Haji Mohamed bagi Kepimpinan Masyarakat pada 15 Januari, sempena Allahyarham Ustaz Ali.

Allahyarham Ustaz Ali merupakan pengasas bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang bertujuan memupuk persefahaman dan toleransi dalam masyarakat Melayu/Islam.

Selain RRG, Ustaz Ali pernah mencurah bakti sebagai Pengerusi Masjid Khadijah dari 1993 sehingga 2022.

Beliau banyak terlibat dalam pengumpulan dana untuk membaik pulih Masjid Khadijah, dan menganjurkan acara memasak nasi beriani amal tahunan beramai-ramai bersama sukarelawan.

Majlis pengumuman biasiswa itu dihadiri mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng, serta keluarga dan rakan Allahyarham Ustaz Ali.

Dr Mohamed Ali, anak Ustaz Ali, juga berkongsi mengenai warisan bapanya semasa majlis pengumuman itu, menurut satu kenyataan media di laman SUSS.

Beliau turut berterima kasih kepada SUSS kerana menamakan biasiswa itu sempena bapanya.

Lebih $400,000 dikumpulkan daripada rakan-rakan Ustaz Ali untuk menyokong biasiswa itu.

Biasiswa Ali Haji Mohamed untuk Kepimpinan Masyarakat tidak terhad kepada kriteria akademik konvensional – ia juga dianugerahkan kepada individu yang berkongsi dan mencontohi nilai-nilai yang dipegang Ustaz Ali.

Cik Zarina Othman merupakan penerima pertama biasiswa itu.

Beliau, yang sebelumnya terlibat dalam industri mesyuarat dan acara, telah meninggalkan bidang tersebut untuk menganggotai Persatuan Eropah untuk Onkologi Perubatan, sebuah pertubuhan antarabangsa bukan mencari untung (NPO), pada 2019.

Sebagai ketua operasi Asia di persatuan itu, beliau menyokong latihan dan pendidikan doktor dan anggota kesihatan bersekutu yang merawat pesakit barah.

“Peralihan ini didorong oleh pemergian nenek dan dua ibu saudara saya akibat barah paru-paru. Ia mendorong saya menyokong sebab yang membawa makna kepada hidup saya,” kata Cik Zarina.

Kini, beliau mengikuti pengajian sarjana dalam Pengurusan (dengan pengkhususan dalam Pengurusan Bukan Mencari Untung) dengan menggunakan biasiswa tersebut.

“Saya amat berterima kasih kepada penderma yang berpandangan jauh atas kemurahan hati mereka kerana biasiswa ini bukan sekadar bantuan kewangan; malah ia adalah pelaburan dalam potensi individu yang berkhidmat untuk masyarakat dengan memberikan sumbangan yang bermakna,” ujar Cik Zarina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >