Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

SUTD lancar iklan bas lengan robotik 3D

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUTD lancar iklan bas lengan robotik 3D

Jan 15, 2024 | 06:14 PM



Penumpang kini dapat menyaksikan iklan bas tiga dimensi (3D) paling canggih di Singapura, yang menampilkan ‘lengan’ robotik yang besar, semasa mereka dalam perjalanan di laluan bas terpilih.

Iklan ini adalah sebahagian daripada kempen baru Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), ‘Sekolah untuk Inovator”.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SUTD dan Moove Media, daya utama itu memerlukan kira-kira 600 jam tenaga manusia untuk peringkat perancangan, reka bentuk dan pelaksanaan.

Enam bas yang merangkumi perkhidmatan 39, 107, 174, 74, 196 dan 502 telah dilengkapi dengan iklan itu sejak 15 Januari.

Set pertama termasuk dua lengan robot, masing-masing 4.2 meter panjang dan 0.7 meter tinggi, dipasang pada bumbung bas.

Sepasang lengan lagi merentangi tingkap dan pintu bas, dengan keseluruhan struktur 3D menjangkau kira-kira 6.3 meter, meliputi lebih separuh bahagian atas bumbung bas.

Kempen SUTD bertujuan mencerminkan pendekatan pemikiran progresif universiti terhadap pendidikan.

“Kempen ini mempamerkan SUTD sebagai universiti yang menolak konsep tradisional mengenai (cara pembelajaran) di institusi pengajian tinggi.

“Sebagai ganti membuat tesis, pelajar mereka bentuk dan membina secara inovatif huraian kepada masalah dunia.

“Dan, sebagai ganti kuliah, mereka terlibat dalam perbincangan kreatif secara langsung dengan rakan pelajar, fakulti dan perusahaan untuk mencari penyelesaian yang inovatif dan bermakna untuk masa depan yang lebih mampan,” kata Ketua Pegawai Komunikasi SUTD, Cik Tammy Tan.

Makmal Fabrikasi (Fab Lab) di SUTD dilengkapi peralatan termaju seperti pencetak 3D dan mesin pemotong laser, memupuk persekitaran pembelajaran interaktif dengan aktiviti amali untuk pelajar merealisasikan idea kreatif mereka kepada produk nyata.

“Lengan robotik ini adalah salah satu pemasangan 3D yang paling sukar yang kami reka,” kata Ketua Kreatif di Moove Media, Encik Nelson Low.

Enam pakar pengeluaran serat kaca menghabiskan kira-kira 28 hari dalam tugas itu - tiga kali lebih lama daripada masa pengeluaran biasa untuk iklan bas 3D standard.

Siri kedua iklan bas akan bermula pada 8 Februari 2024, mempamerkan replika kereta lumba elektrik berprestasi tinggi SUTD.

Kenderaan sebenar dibangunkan di bawah projek Pembuatan Tambahan Kenderaan Elektrik (EVAM) pada 2020, menggunakan percetakan 3D dan teknologi kecerdasan buatan.

Rumah Terbuka tahunan SUTD dijadualkan pada 24 dan 25 Februari.

Pelajar yang berminat boleh melawat kampus untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran pendidikan unik universiti dan juga memandu uji kereta lumba elektrik.

Pendaftaran untuk Rumah Terbuka bermula pada 1 Februari, melalui laman mikro universiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >