Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Syarat baru bagi pengguna alat bantuan mobiliti peribadi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarat baru bagi pengguna alat bantuan mobiliti peribadi

Hanya individu berkeperluan perubatan, sukar berjalan boleh gunakan, had kelajuan dikurang kepada 6 km/jam; dijangka bermula 2025
Mar 05, 2024 | 06:52 PM



Hanya pengguna yang mempunyai keperluan perubatan relevan atau sukar berjalan akan dibenarkan menggunakan skuter mobiliti.

Had kelajuan alat bantuan mobiliti peribadi (PMA) bermotor juga akan dikurangkan daripada 10 kilometer/jam kepada 6 kilometer/jam.

Had dimensi juga akan dikenakan ke atas semua PMA yang digunakan di laluan dan pengangkutan awam.

Demikian antara cadangan Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) mengenai peraturan bagi PMA yang diterima oleh pemerintah dan dijangka berkuat kuasa pada 2025.

Mengumumkan demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 5 Mac, Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, berkata beliau setuju dengan cadangan Amap “kerana ia bertujuan meningkatkan keselamatan”.

“Perlu ada keseimbangan dan kami menjangka respons kurang menyenangkan daripada beberapa pengguna PMA, tetapi kita mesti jelas bahawa antara meningkatkan keselamatan penduduk dengan menyediakan kemudahan bagi pengguna PMA, keselamatan mesti diutamakan,” kata Encik Chee.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, MOT menjelaskan bahawa Amap mencadangkan hanya pengguna yang ada keperluan perubatan relevan yang sah atau individu yang sukar berjalan boleh menggunakan skuter mobiliti.

Ia bagi memastikan mereka memperoleh akses mencukupi dan berterusan ke kawasan awam.

Syarat itu tidak akan dikenakan ke atas pengguna kerusi roda manual atau bermotor.

“Terdapat kebimbangan orang ramai yang semakin meningkat mengenai penyalahgunaan skuter mobiliti oleh individu yang kelihatan sihat, serta memandu laju dan penggunaan alat terlalu besar.

“Ini menjejas keselamatan pengguna laluan lain, terutama warga emas dan kanak-kanak kecil,” kata kenyataan itu.

MOT menambah bahawa untuk mengurangkan kesulitan kepada pengguna tulen skuter mobiliti, individu kurang upaya yang menggunakan skuter mobiliti bersubsidi di bawah Dana Teknologi Bantuan (ATF), dan warga emas menggunakan skuter mobiliti bersubsidi di bawah Dana Mobiliti dan Pengupayaan Warga Emas akan diiktiraf sebagai pengguna tulen.

Mereka tidak perlu mendapatkan pensijilan tambahan.

MOT sedang bekerjasama dengan agensi relevan untuk menilai pensijilan dan pengiktirafan lain untuk keperluan mobiliti yang boleh diiktiraf, dan akan menyediakan masa yang mencukupi bagi pengguna mendapatkan sijil keperluan perubatan.

Butiran lanjut akan diumumkan kelak.

MOT turut menjelaskan had kelajuan bagi PMA akan dikurangkan kepada 6 kilometer/jam kerana ia sepadan dengan kelajuan jalan pantas.

Ini “selaras dengan prinsip bahawa PMA bertujuan digunakan sebagai pengganti untuk berjalan”.

Memandangkan kebanyakan PMA bermotor pada masa ini mempunyai had kelajuan melebihi 6 kilometer/jam, masa mencukupi akan disediakan bagi pengguna dan peruncit menyesuaikan diri dengan peraturan baru itu, kata MOT.

Peruncit hendaklah menghabiskan stok peranti sedia ada mereka yang mempunyai kelajuan maksimum lebih 6 kilometer/jam sebelum peraturan baru berkuat kuasa mulai 2025.

Had dimensi bagi semua PMA yang digunakan di laluan jalan kaki dan berbasikal serta pengangkutan awam akan diselaraskan.

PMA kini dihadkan kepada lebar 70 sentimeter (cm), panjang 120 cm, tinggi 150 cm dan berat 300 kilogram apabila digunakan di pengangkutan awam.

PMA yang digunakan di laluan awam juga mesti mematuhi had dimensi tersebut.

Pengecualian akan diberikan kepada pengguna yang mempunyai bukti mengenai keperluan perubatan mereka untuk menggunakan PMA melebihi dimensi yang dibenarkan untuk kegunaan di laluan awam.

Beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) dan Cik Poh Li San (GRC Sembawang), membangkitkan isu PMA semasa perbahasan tersebut.

“Saya gembira bahawa anggota daripada kedua-dua belah Dewan bersetuju dengan pendirian Amap bahawa keselamatan mesti diutamakan dan penguatkuasaan adalah penting untuk melengkapkan usaha pelibatan dan pendidikan kita,” kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >