Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Syarikat bas tempatan tawar gaji $5,000; bonus $10,000 bagi pikat pemandu muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Syarikat bas tempatan tawar gaji $5,000; bonus $10,000 bagi pikat pemandu muda

Dec 15, 2023 | 10:11 AM



Lebih 100 permohonan sebagai pemandu bas telah diterima syarikat pengangkutan Westpoint Transit Pte Ltd setakat ini, menurut perangkaan daripada portal pekerjaan rasmi mycareersfuture.sg dan portal pekerjaan LinkedIn syarikat itu.


Ini setelah syarikat tersebut mengumumkan pada 11 Disember ia sedang mencari pemandu bas dan menawarkan gaji kasar bulanan berjumlah $5,000, di samping bonus tandatangan sebanyak $10,000 selepas menandatangani kontrak tiga tahun.

Sebagai perbandingan, pemandu bas SBS Transit menerima gaji kasar bulanan sehingga $4,000, di samping bonus tandatangan sebanyak $6,000 bagi pekerja tempatan, menurut laman SBS Transit.


Menukil laporan Shin Min Daily, gaji dan bonus yang ditawarkan adalah sebahagian daripada strategi pengambilan kerjanya untuk menggalak lebih ramai golongan muda menyertai industri pengangkutan bas.


Pengarah dan pemilik generasi kedua syarikat itu, Encik Lionel Lee, berkata beliau berharap pendekatan sedemikian dapat mengubah stereotaip berkaitan pekerjaan kolar biru seperti pemandu bas.

Tambahan juga, beliau ingin menggalak lebih ramai golongan generasi muda, khususnya warga tempatan, untuk melakukan pekerjaan sedemikian.

Beliau menjelaskan: “Kami juga mungkin membuka peluang bekerja sambil belajar pada masa hadapan untuk menarik lebih ramai golognan muda untuk sertai. Lagipun, memandu bas adalah impian ramai kanak-kanak.”

Syarikat itu berkata ia menyasarkan untuk mengambil 30 pemandu menjelang penghujung 2024 dalam dua pusingan pengambilan kerja.

Faktor wang bukanlah satu-satunya faedah yang akan ditawarkan, tambah syarikat itu.

Syarikat tersebut akan turut menyediakan perlindungan perubatan dan juga kelas kecergasan percuma untuk pekerja yang berminat.

Daripada kriteria yang ditetapkan syarikat dalam portal mycareersfuture.sg, tiada sekatan kewarganegaraan dikenakan tetapi calon berpotensi harus ada pengalaman berkaitan sekurang-kurangnya satu tahun.


Calon juga harus ada lesen memandu Kelas 4 – diperlukan untuk memandu kereta bermotor berat dan traktor motor yang melebihi 2,500kg – dan lesen vokasional yang sah.

Tempoh bekerja adalah sepanjang enam hari dengan jumlah maksimum 44 jam seminggu.

Sebahagian besar peranan pemandu bas yang dinyatakan syarikat tersebut termasuk mengendalikan kenderaan untuk mengangkut penumpang ke pelbagai destinasi seperti yang ditetapkan Pasukan Operasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >