Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Transformasi BH dapat tumpuan AP di Parlimen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Transformasi BH dapat tumpuan AP di Parlimen

Mar 01, 2024 | 08:44 PM



Transformasi Berita Harian (BH) mendapat perhatian seorang Anggota Parlimen (AP) ketika perbahasan belanjawan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) di Parlimen pada 1 Mac.


Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) berkata BH telah menunjukkan perkembangan menggalakkan sejak melalui transformasi, dan beliau bertanya bagaimana pemerintah boleh terus menyokong BH dalam usahanya membangunkan lebih banyak produk bahasa Melayu lebih bermutu.


BH adalah antara akhbar vernakular di bawah SPH Media Trust (SMT).

“Sejak 2023, Berita Harian telah melalui transformasi dan mengalih fokus daripada akhbar yang mengutamakan media cetak semata-mata kepada akhbar yang mengutamakan platform digital.


“Ia kini menawarkan banyak produk inovatif dalam Bahasa Melayu dan dalam berbilang wadah digital untuk menarik minat audiens sedia ada dan baru.

“Daripada podcast seperti #NoTapis, Instagram Reels, vlogs, TikTok, BH Hub, BH Lab, kandungan inovatif, dan juga penganjuran forum komuniti, pasukan Berita Harian telah mengubah cara berita disampaikan kepada pembaca Melayu, selaras dengan keperluan masyarakat kita,” kata Encik Sharael, yang baru-baru ini mengunjungi bilik berita BH bersama beberapa AP Melayu lain.


Beliau juga anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk bidang Perhubungan dan Penerangan.

Dalam pada itu, Menteri Perhubungan dan Penerangan, kata Cik Josephine Teo, berkata pemerintah memperuntuk pendanaan $260 juta untuk SPH Media bagi tahun kewangan 2024.

Beliau berkongsi bahawa pembiayaan untuk SPH Media disasarkan pada tiga bidang utama, iaitu bakat, teknologi dan keupayaan vernakular.

Cik Teo berkata ia mencerminkan kepentingan pemerintah bagi kewartawanan bermutu, transformasi digital dan menegakkan kepelbagaian budaya.

Menerusi pembiayaan yang telah diterimanya, Cik Teo berkata SPH Media telah memperkukuhkan lagi sistem digitalnya untuk meningkatkan jangkauannya, sejajar dengan apa yang telah dilakukan oleh penerbitan sejagat yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >