Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tugasan imam, muazin jadi impian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugasan imam, muazin jadi impian

Apr 05, 2024 | 05:30 AM



#DanaKeJannah dilancar bagi sumbangan wakaf ke arah Program Menaik Taraf Masjid (MUP) yang menyasarkan $1 juta dalam 12 bulan.

Imam dan muazin di Masjid Darul Makmur datang daripada pelbagai latar belakang berbeza yang menggalas tanggungjawab untuk berbakti kepada masjid.

Ada antara mereka terdiri daripada asatizah dan ada juga yang bukan. Mereka datang daripada pelbagai peringkat umur.

“Kebanyakan daripada mereka merupakan penduduk Yishun dan sekitarnya. Setiap mereka telah ditemu duga terlebih dahulu oleh jabatan dakwah masjid. Perkara yang kami tekankan adalah dari sudut kemahiran soal hukum-hakam, solat dan juga mutu pembacaan Al-Quran,” jelas Pegawai Agama Kanan Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohd Hanafie Mohd Yusoff, tentang kriteria menjadi imam dan muazin di masjid tersebut.

Tambahnya, berkhidmat di masjid dengan menjadi imam dan muazin adalah impian bagi sebahagian orang. Walaupun ada cabaran dalam menggalas tugasan imam dan muazin, namun hasrat mahu berbakti kepada masjid telah mendorong imam dan muazin ini tampil melaksanakan tugasan fardu kifayah ini, dan berkongsi ilmu dan pengalaman kepada jemaah.

Para imam dan muazin di Masjid Darul Makmur juga giat melibatkan diri dalam program dan kegiatan masjid.

“Mereka hadir bukan sahaja untuk melaksanakan tugasan melaungkan azan dan memimpin solat malah mereka juga turut hadir bagi mengimarahkan majlis dan program anjuran masjid. Mereka juga turut membantu menguar-uarkan atau membuat hebahan acara masjid kepada keluarga dan kenalan mereka. Mereka adalah duta masjid secara tidak langsung apabila berada di luar,” kongsi Ustaz Mohd Hanafie tentang pentingnya peranan imam dan muazin.

Tugasan mereka tidak terhad di dalam masjid sahaja. Selain tugasan memimpin solat, ada juga permintaan untuk memimpin majlis tahlil, doa keselamatan, tahnik dan cukur rambut bayi yang baru dilahirkan dan seumpamanya, yang diadakan di rumah.

Masjid Darul Makmur turut memberi peluang kepada imam dan muazinnya yang berkebolehan memimpin majlis-majlis sebegini.

Khidmat imam dan muazin di masjid umpama nadi bagi masjid itu sendiri.

Khidmat mereka ini menjadi relevan sampai bila-bila kerana dalam Islam suruhan melaksanakan solat secara berjemaah di masjid itu amat dianjurkan.

Tanpa khidmat mereka, kata Ustaz Mohd Hanafie, akan terserlah kekosongan sesebuah institusi masjid.

Kehadiran imam dan muazin ini, melancarkan lagi operasi sesebuah masjid dari sudut tugasan dan kebajikan pegawai masjid yang lain.

Ada juga imam masjid yang terdiri daripada pelajar sambilan madrasah yang mula menjalani pembelajaran agama di Masjid Darul Makmur sehingga mendapat pengiktirafan asatizah bagi Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) .

Salah seorang daripadanya ialah Ustaz Muhammad Basyir Mustafa, 29 tahun, seorang pelajar yang menimba ilmu di madrasah sambilan masjid hingga kini mendapat pengiktirafan sebagai asatizah Al-Quran.

“Saya rasa berbesar hati diberi peluang dan juga bimbingan daripada awal untuk berkhidmat di masjid ini selaku muazin pada awalnya dan kemudian memimpin solat, ini adalah hasil bimbingan guru dan juga pegawai masjid yang lebih mapan,” ujar Ustaz Basyir.

Ustaz Mohd Hanafie berharap: “Semoga imam dan muazin dapat meneruskan khidmat dan bakti kepada masjid dan masyarakat dan menjadi pelapis bagi generasi akan datang dan harapan kami juga supaya akan lebih ramai lagi mereka yang berkebolehan dan komited tampil menjadi sukarelawan imam dan muazin masjid. Selain melaksanakan tugasan, akan meluaskan lagi kenalan dan mengeratkan ukhuwah sesama jemaah dan masyarakat amnya.”

Masjid Darul Makmur yang terletak di 950 Yishun Avenue 2 sedang ditutup untuk menjalani projek peningkatan yang menelan belanja sebanyak $15 juta. Jumlah yang masih diperlukan ialah $4.5 juta.

Program #DanaKeJannah


Masjid Darul Makmur juga sedang dalam pembinaan untuk menambah baik dan menaik taraf kemudahannya. #DanaKeJannah ialah kempen mengumpul dana untuk mempromosikan sumbangan wakaf ke arah Program Menaik Taraf Masjid (MUP).

Kempen ini menyasarkan untuk mengumpul $1 juta dalam 12 bulan (Mac 2024 hingga Feb 2025) melalui pelbagai kegiatan penjanaan hasil yang dilakukan oleh kesedaran #DanaKeJannah.

Ayuh, berlumba-lumba tingkatkan amalan akhir Ramadan ini dengan menghulurkan sumbangan wakaf semampunya untuk Dana Peningkatan Masjid Darul Makmur.

Imbas Kod QR yang tertera untuk menghulurkan sumbangan atau layari https://give.darulmakmur.sg/campaigns/46




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >