Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ulang tahun ke-72 perkukuh kerjasama, perkasa wanita dan inklusif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ulang tahun ke-72 perkukuh kerjasama, perkasa wanita dan inklusif

PPIS akan teruskan usaha demi pastikan kaum wanita dan keluarga terus maju menerusi pusat-pusat sedia ada
Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Menjalin rangkaian kerjasama dengan badan-badan Melayu Islam serta agensi-agensi sosial yang sehaluan dengannya – itulah antara fokus Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) sedang ia mencecah ulang tahun ke-72 tahun ini.

Ditubuhkan pada 1952, PPIS yang kini mempunyai 11 pusat keluarga dan rumah tangga, dua pusat pelajar serta rumah peralihan Rise Above telah berkembang dalam memastikan khidmat dan program yang disediakan dapat memenuhi keperluan masyarakat masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Tuminah Sapawi, menjelaskan:

“Menangani cabaran masa ini yang agak rumit ada kalanya memerlukan beberapa pihak agar bekerjasama. Inilah tumpuan utama PPIS tahun ini.

“Dan kami telah memulakan 2024 dengan menyertai persidangan S.H.U.R.A. (Synergising Strengths for Collective Wisdom) anjuran Rangkaian Rehabilitasi Pertubuhan Melayu/Islam Singapura pada Januari lalu. Kami yakin dengan menjalin rangkaian kerjasama, isu sosial yang dihadapi dapat diatasi dengan lebih holistik dan menyeluruh.”

Memandangkan PPIS mengendali rumah peralihan Rise Above untuk kaum wanita, persidangan S.H.U.R.A. memberi satu wadah untuk mempelajari amalan terbaik daripada badan-badan lain. Pada masa yang sama, PPIS dapat berkongsi tentang pendekatan untuk atasi trauma dalam kehidupan seorang pesalah.

“Masyarakat akan lebih teguh jika ia dapat menggembleng fikiran, tenaga dan usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya,” ujar Cik Tuminah.

RANGKAIAN KERJASAMA

Kepimpinan yang mengutamakan kerjasama amat penting kerana ia akan memupuk sikap positif tenaga kerja terhadap nilai-nilai bekerjasama, bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat’.

Antara kerjasama strategik yang telah PPIS jalin termasuk biasiswa khusus bersama Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) yang dilancar tahun lalu. Ia merupakan komitmen PPIS untuk menyokong hasrat wanita serta usaha untuk menghasilkan lebih ramai pemimpin wanita.

“Dengan pelancaran RED Space, ruang untuk wanita di PPIS, pelbagai kerjasama telah terjalin dengan individu serta korporat dan agensi sukarelawan dengan menawarkan kaunseling serta perbincangan guaman, kerjaya serta kesejahteraan rohani dan jasmani,” ujar Cik Tuminah.

Sejak pelancarannya pada Oktober lalu, lebih 10 program telah dianjurkan dengan kerjasama agensi seperti Yayasan Mendaki, Daughters of Tomorrow, Workforce Singapore dan sebagainya.

Satu-satunya yang telah mendapat sambutan hangat ialah Care Circle: Heart Heal Hope yang dianjurkan bersama Pergas bagi mengupas isu Gaza.

Di rumah peralihan Rise Above, kerjasama dengan pusat latihan serta pihak korporat amat penting bagi memastikan setiap wanita yang menjalani program mendapat pekerjaan dan pulang ke pangkuan keluarga dengan lebih berdikari.

Di kedua-dua pusat penjagaan pelajar PPIS di Bedok dan Jurong, rangkaian kerjasama amat penting demi memastikan pelajar berpeluang memanfaatkan program sukan, riadah dan pengayaan.

Antara agensi yang telah memberi sokongan padu kepada pusat tersebut ialah SportCares yang telah menaja pelbagai kegiatan sukan serta Yayasan Lee yang telah menawarkan kelas robotik.

SUARA WANITA

PPIS akan meneruskan usaha bagi memastikan kaum wanita dan keluarga terus maju menerusi pusat-pusat yang sedia ada.

Pada masa yang sama, ia akan mengekalkan sokongannya terhadap usaha agar lebih inklusif, dan saksama menerusi kerjasamanya dengan agensi-agensi tertentu.

“Antara yang diraikan PPIS setiap tahun ialah Hari Wanita Antarabangsa dengan kami memperjuangkan nilai-nilai kesaksamaan, kepelbagaian dan inklusiviti. Sebagai persatuan yang menjadi suara wanita, ini penting agar generasi akan datang dapat merealisasikan hasrat mereka dan menjadi lebih kukuh,” jelas Cik Tuminah.

Program dan khidmat PPIS bukan saja tertumpu buat kaum wanita malah bagi seisi keluarga termasuk kaum Adam yang memainkan peranan penting dalam kehidupan berkeluarga.

Sebagai satu-satunya pertubuhan wanita Islam, PPIS akan terus memastikan usahanya yang menyeluruh dan relevan dapat membina sebuah masyarakat yang kukuh dan menjadi suara penting untuk memperjuangkan hasrat wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >