Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ustaz Hasbi dinobat Anugerah Warisan Pergas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Hasbi dinobat Anugerah Warisan Pergas

Mantan Presiden Pergas diberi anugerah atas sumbangan luas kepada masyarakat, negara
Mar 03, 2024 | 07:29 PM



Mantan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) Ustaz Mohamad Hasbi Hassan dinobat anugerah prestij tinggi pertama pertubuhan itu, Anugerah Warisan Pergas atas sumbangannya yang luas dan mendalam kepada masyarakat dan negara.

Ustaz Hasbi kini merupakan pengerusi majlis penasihat tinggi atau Masyaikh, Pergas, dan juga pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) serta anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Anugerah itu, menurut Pergas, memberi pengiktirafan kepada individu yang telah bertekad menawarkan khidmat serta kepimpinan kepada Pergas dan masyarakat Muslim Singapura.

Ustaz Hasbi menerima anugerah berkenaan yang berbentuk bingkai tulisan kaligrafi ayat Al-Quran berserta sijil di majlis Gema Kesyukuran, anjuran Pergas di dewan acara Flower Field Hall di Gardens by The Bay pada 3 Mac. Kali terakhir Gema Kesyukuran dianjurkan adalah pada 2014.

Acara itu diadakan sebagai penghargaan kepada sumbangan asatizah dan pendidik Islam di Singapura.

Ketika ditemui wartawan, Ustaz Hasbi berkata anugerah tersebut sebaiknya dilihat bukan untuk dirinya sendiri, tetapi kepada semua asatizah yang pernah beliau bimbing dan pimpin terutamanya di Pergas.

“Jadi anugerah ini adalah satu anugerah yang Pergas berikan kepada para asatizah masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang, insya-Allah, kerana sumbangan asatizah itu berkekalan hingga ke hari akhirat,” ujarnya.

Ustaz Hasbi ketika ditanya Berita Harian mengenai keadaan kesihatannya, turut mendedahkan beliau menghidap penyakit berkait buah pinggang dan kerap menerima rawatan dialisis setiap hari.


Namun itu tidak menghalangnya daripada mengikuti “perkembangan dan terus memberi sokongan terutamanya kepada Pergas”.

Ustaz Hasbi, antara lain merupakan Presiden Pergas sejak 2002 hingga 2023, sebuah badan yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan Islam serta kebajikan asatizah di sini.

Pada 2018, beliau dinamakan sebagai salah seorang penerima anugerah tertinggi bagi penjawat awam iaitu Pingat Jasa Gemilang.

Setahun kemudian beliau dinobat Anugerah Jasa Cemerlang Muis.

Dalam ucapannya, Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, berkata Anugerah Warisan Pergas itu wajar dianggap satu peringatan sumbangan Ustaz Hasbi yang mendalam.

“Ia legasi yang telah memberi manfaat kepada kehidupan ramai individu dan kekal membentuk masa depan pendidikan Islam,” katanya.


Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, yang hadir di acara itu selaku tetamu terhormat berkata sumbangan Ustaz Hasbi bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada pendidikan Islam dan pembangunan asatizah, malah terhadap keamanan masyarakat berbilang bangsa di Singapura.

“Beliau seorang yang bijak, berani dan adalah contoh teladan yang cemerlang bagi semua asatizah muda kita. Beliau telah banyak menyumbang kepada pembinaan persefahaman bersama, keharmonian dan kestabilan Singapura,” katanya.


Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad juga mengucapkan penghargaan mereka kepada beliau atas sumbangannya membanteras ajaran radikal sebagai anggota RRG, antara lain menerusi tayangan video semasa acara itu.


Acara pada 3 Mac itu, yang dihadiri sekitar 400 orang turut menamakan Ustazah Habsah Senin sebagai penerima Anugerah Obor Ummah – yang diberi sebagai menghargai asatizah berusia 50 tahun ke atas di atas sumbangan yang tidak ternilai.

Sementara itu, dua lagi asatizah dinobat Anugerah Asatizah Cemerlang.

Pertama ialah Pengarah Eksekutif Divisyen Pendidikan Andalus dan pengerusi AMP Singapura, Ustaz Fathurrahman Dawoed, atas sumbangannya dalam sektor pendidikan Islam swasta.

Kedua ialah Naib Kadi, Ustaz Muhammad Nuzhan Halim, yang menerima anugerah itu atas sumbangannya menyampaikan khidmat pendidikan Islam menerusi platform digital seperti Non-Judgemental Podcast (NJU).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >