Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Walau dipersenda, agensi tekankan perlunya kursus pembersihan bagi pekerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau dipersenda, agensi tekankan perlunya kursus pembersihan bagi pekerja

Feb 23, 2024 | 06:42 PM



Kursus asas pembersihan tandas bernilai $580 di portal SkillsFuture mendapat cemuhan warganet minggu ini, tetapi agensi berkenaan berkata kelas sebegitu adalah sebahagian daripada keperluan latihan wajib untuk pekerja pembersihan.

Sebagai menjawab pertanyaan, SkillsFuture Singapura dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata dalam satu kenyataan bersama pada 22 Februari, bahawa kelas-kelas ini mengajar pembersih sedia ada dan bakal pekerja “kemahiran penting” untuk mencuci tandas.

Lebih 20 kelas yang terdapat di portal SkillsFuture, terdiri daripada kursus asas hingga lanjutan dan mengambil masa 30 hingga 40 jam untuk diselesaikan.

Sebelum subsidi, kebanyakan kursus asas berharga antara $100 hingga $600.

Selepas subsidi SkillsFuture, yuran kursus menjadi antara $100 hingga $300.

Pada 19 Februari, rakaman skrin penyenaraian untuk kursus “Jalani pembersihan asas bilik air” di SkillsFuture, telah disiarkan di media sosial dan dipersenda kerana tanda harga $580 sebelum subsidi.

Warganet meragui keperluan untuk kursus sebegitu dan mengkritik kos mahal sebanyak $290, walaupun selepas subsidi.

Pengguna Facebook, Encik Remaesh Krishnan, mengulas:

“Dahulu, semasa dalam perkhidmatan tentera, kami membersihkan tandas kami. Tidak perlu kursus.”

Tetapi SkillsFuture dan NEA berkata kursus itu menyumbang dengan ketara kepada “pembangunan profesional” pekerja pembersih.

Sebagai jawapan kepada pertanyaan, jurucakap bagi pihak penyedia kursus NTUC LearningHub berkata, kursus pembersihan tandas ini bertujuan “menjadikan sektor pembersihan sebagai industri profesional”.

Kursus asas, misalnya, merangkumi kemahiran seperti penggunaan alat pembersihan yang betul, pembersihan lekapan sanitari yang betul dan pengendalian bahan pencuci yang selamat, tambahnya.

Kursus mencuci tandas, yang berkisar antara $288 dengan $440 selepas subsidi, kebanyakannya disasarkan kepada firma pembersihan yang membayar untuk mendaftarkan pekerja mereka, kata jurucakap itu.

Kursus-kursus itu selaras dengan Model Gaji Progresif, memudahkan “pertumbuhan gaji yang mampan untuk pekerja bergaji rendah, melalui pembangunan kemahiran, peningkatan produktiviti dan standard perkhidmatan yang lebih tinggi”, tambahnya.

Model Gaji Progresif direka untuk meningkatkan gaji sektor bergaji terendah di Singapura.

Jadual kenaikan gaji enam tahun, ditetapkan untuk pekerja pembersihan, seiring dengan latihan dan mendapatkan kemahiran bagi mereka.

Insentif juga diberikan kepada syarikat pembersihan untuk mendaftarkan pekerja pembersihan dalam syarikat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >