Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Warga asing bentuk 30% PMET dalam 20% firma lebih besar di S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga asing bentuk 30% PMET dalam 20% firma lebih besar di S’pura

May 08, 2024 | 02:53 PM



Kadar firma lebih besar di sini yang mempunyai bilangan pekerja asing membentuk minimum 30 peratus daripada jumlah pekerja berjawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) di firma masing-masing, masih kekal sama sepanjang sedekad lalu, iaitu 20 peratus firma.

Kadar bagi 2023 itu lebih tinggi bagi syarikat kecil yang menggajikan kurang daripada 25 pekerja PMET, iaitu 28 peratus syarikat kecil mempunyai minimum 30 peratus PMET asing daripada jumlah keseluruhan PMET, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, pada 7 Mei.

Bagaimanapun, secara purata sejak sedekad lalu, sekitar 20 peratus syarikat kecil mempunyai PMET asing yang membentuk minimum 30 peratus daripada jumlah PMET dalam syarikat masing-masing, kata Dr Tan dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, lapor The Straits Times.


Encik Leong telah meminta data tahunan mulai 2014 mengenai peratusan syarikat yang mempunyai tenaga kerja PMET asing melebihi 30 peratus daripada jumlah keseluruhan PMET dalam syarikat masing-masing, serta peratusan tahunan bagi syarikat yang mempunyai pekerja warga sesebuah negara membentuk lebih 20 peratus daripada jumlah PMET yang digajikan.

Dr Tan berkata bahawa Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membezakan antara firma kecil yang mempunyai kurang daripada 25 pekerja yang memegang jawatan PMET, dengan firma besar dengan 25 atau lebih PMET.

“Ini kerana firma kecil mempunyai kumpulan PMET amat kecil dan peratusan PMET asing mereka lebih mudah berubah.

“Bilangan median (nilai tengah) PMET di syarikat kecil yang menggajikan PMET adalah dua. Ini bermakna walaupun hanya seorang PMET asing (digajikan), syarikat kecil median sudah pun melepasi kadar 30 peratus PMET asing, atau 20 peratus PMET dari sesebuah negara (asing),” terangnya.

Sebaliknya, adalah penting untuk melihat profil tenaga kerja di firma lebih besar dengan 25 atau lebih PMET, kerana firma tersebut biasanya mempunyai profil tenaga kerja lebih mantap dan menggajikan kebanyakan pemegang Pas Pekerjaan (EP), jelas Dr Tan.

Walaupun syarikat kecil membentuk sekitar 96 peratus daripada jumlah syarikat di sini, ia hanya menggajikan sekitar 30 peratus pemegang EP, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >