Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wayar rosak, cecair mungkin punca asap, kebakaran panel hiburan dalam pesawat SIA

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wayar rosak, cecair mungkin punca asap, kebakaran panel hiburan dalam pesawat SIA

Apr 04, 2024 | 05:42 PM



Penyiasat keselamatan pengangkutan mendapati kerosakan pada wayar dan penebat kabel, dan adanya cecair pada alat hiburan dalam penerbangan (IFE) Singapore Airlines (SIA), mungkin penyebab insiden asap dan kebakaran semasa penerbangan, kira-kira setahun lalu.

Seorang pramugari terpaksa menggunakan tiga alat pemadam api pada panel IFE, semasa penerbangan dari Tokyo ke Los Angeles pada 27 Mac 2023.

Tiada seorang pun dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 12 Mac 2024, Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) Kementerian Pengangkutan berkata, bahawa asap dan api dilihat pada panel IFE dalam penerbangan Narita-Los Angeles.

Kejadian berlaku kira-kira 11.15 pagi waktu tempatan (2.15 pagi keesokan harinya waktu Singapura), ketika pesawat itu menghampiri Los Angeles.

Boeing B777-300ER membawa 234 orang pada masa itu.

Menurut laporan itu, seorang penumpang di tempat duduk 48K memaklumkan kru kabin apabila beliau menyedari asap keluar dari panel IFE betul-betul di hadapannya.

Difahamkan, sebelum pesawat itu berlepas di Lapangan Terbang Narita, penumpang telah cuba mengecas komputer ribanya menggunakan port USB pada panel, tetapi mencabut palam perantinya selepas menyedari ia tidak dicas.

Penumpang berkenaan tidak menggunakan mana-mana port USB, sepanjang penerbangan.

Bertindak balas kepada asap, seorang pramugari segera memotong bekalan kuasa untuk ketiga-tiga panel IFE di barisan tempat duduk yang sama. Seorang lagi atendan turut memaklumkan kepada kru penerbangan.

Laporan itu berkata seorang pramugari menggunakan dua alat pemadam api apabila percikan api kelihatan pada panel.

Sementara itu, penumpang di dua baris yang terjejas - 47 dan 48 - dipindahkan ke tempat lain, manakala seorang pramugari menempatkan dirinya berhampiran panel yang terjejas.

Pesawat itu dijadualkan mendarat di Los Angeles pada 12.50 tengah hari.

Laporan itu mengatakan bahawa selepas pesawat itu baru sahaja mendarat di landasan, pramugari yang sama terpaksa menggunakan alat pemadam api ketiga selepas menyedari asap, percikan elektrik, dan “nyalaan api” yang datang dari panel dalam penerbangan yang sama.

Asap juga keluar dari bahagian bawah tempat duduk di mana panel IFE yang terjejas dipasang. Seorang lagi pramugari kemudian mematikan kuasa kepada semua panel IFE di dalam pesawat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >