Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Bingsu - ais kacang Korea hilangkan dahaga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bingsu - ais kacang Korea hilangkan dahaga

Tiga peniaga Islam mengambil peluang menjual aneka aiskrim halal yang biasanya boleh didapati di luar negara seperti Korea dan Eropah. Antara pencuci mulut aiskrim yang disediakan ialah bingsu, aiskrim soft serve dan gelato. NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) melaporkan.
Apr 03, 2016 | 05:30 AM



DALAM cuaca panas terik ini, alangkah enaknya apabila dapat menikmati aiskrim dingin.



Apa lagi apabila aiskrim disajikan dengan ais parut halus.



Dua jenis pencuci mulut aiskrim, bingsu dan aiskrim soft serve sangat popular kini.



Bingsu ialah sejenis pencuci mulut ais parut atau versi ais kacang Korea yang dibubuh bahan seperti kacang merah, pes keledek atau injeolmi (kek beras Korea).



Biasanya, aiskrim atau yogurt beku diletakkan di atasnya.



Namun, peniaga Islam Icebox Cafe, Encik Mohamed Mustaffa Shah Jehan, 31 tahun, dan isterinya, Cik Nur Hajar Asuad Abdullah, 30 tahun, menawarkan pencuci mulut bingsu dengan perisa yang dekat dengan hati masyarakat Melayu seperti cendol, alpukat, durian dan lassi mangga.



Bingsu berperisa buah beri segar campuran, Mixed Berries Tickles, dan biskut berkrim, Creamy Cookies Pleasure, juga amat popular di kalangan pelanggannya.



Berbeza daripada ais kacang ber tekstur ketulan-ketulan ais, bingsu diperbuat daripada ais parut halus.



Bingsu juga tidak mudah cair berbanding ais kacang hasil mesin ais salji berteknologi Korea.



"Kami juga membuat kek beras injeolmi dan pes yang diperlukan seperti alpukat atau dikenali sebagai avokado dan lassi mangga sendiri," kata Encik Mustaffa.



Beliau telah menubuhkan kafenya sekitar empat bulan lalu.



Pelanggan yang inginkan hidangan lebih mengenyangkan pula boleh menikmati aiskrim dengan roti bakar.



Menggunakan roti brioche, pencuci mulut aiskrim dan roti bakar itu antaranya mempunyai perisa red velvet dengan krim keju vanila dan mentega madu kayu manis.



Ia turut menjual susu kocak atau milkshake dengan salah satu perisa paling popular, Clad In Black.



Ia mengandungi bahan nutella, coklat gelap dan brownie.



Kafe yang terletak di Rangoon Road itu dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari 2 petang hingga 11 malam, manakala setiap Sabtu dan Ahad, ia dibuka dari 12 tengah hari hingga 11 malam.



Pesanan terakhir diambil sekitar 45 minit sebelum kafe ditutup.



Satu lagi trend aiskrim popular kini ialah aiskrim soft serve, sejenis aiskrim yang lebih lembut daripada aiskrim biasa.



Walaupun aiskrim itu dijual di serata Singapura, pengasas kedai Overrun, Cik Nurul 'Ain Sennin, 27 tahun, dipercayai peniaga Islam pertama menjual aiskrim itu di kawasan Arab Street sejak Disember 2015.



AISKRIM SOFT SERVE



Menerusi laman Instagram Overrun.Sg, ramai pelanggan memberi sambutan positif terhadap aiskrim berperisa cendol yang dihidang dengan jeli pandan, kelapa parut kering dan sirap gula melaka.



Selain perisa cendol, Overrun turut menawarkan satu lagi perisa aiskrim yang akan bersilih ganti setiap hari.



Perisa aiskrim lain yang pernah dihidangkan ialah teh susu Thailand, fudge coklat, kelapa dan red velvet.



Kata Cik Nurul 'Ain, idea asal menjual aiskrim soft serve tercetus daripada sepupunya yang telah mendapat ilham selepas mengembara di Iceland dan negeri Eropah.



Beliau yang gemar membakar kuih menyahut cabaran memulakan perniagaan menjual aiskrim dan mencipta perisanya.



Kini, beliau sedang cuba menghasilkan aiskrim soft servevegan, bebas bahan tenusu, khusus bagi pelanggan yang makan sayur sahaja.



Overrun di Baghdad Street dibuka setiap Selasa hingga Khamis, 12 tengah hari hingga 8.30 malam, dan Jumaat hingga Ahad, 12 tengah hari hingga 9.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >