Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pusat Penjaja Kita... Pasar Geylang Serai

Harap Wisma Geylang Serai jadi pemangkin tarik pelanggan hingga malam

Dec 14, 2013 | 05:01 PM



SETIAP tengah malam, ketika ramai sedang nyenyak dibuai mimpi, Pusat Makanan Geylang Serai riuh dengan bunyi ‘kelentang-kelentung’ senduk bertemu periuk.


Namun, para pegerai di situ bukannya sedang menyiapkan pesanan pelanggan malah mereka sibuk menyediakan lauk-pauk untuk dijual keesokan harinya.


Tidak seperti kebanyakan pusat makanan lain yang menerima pelanggan sehingga larut malam, Pusat Makanan Geylang Serai mula menyepi sekitar 4 petang.


Disebabkan itu, para pegerai biasanya menutup gerai sekitar waktu yang sama kerana tiada guna mereka terus membuka gerai hingga lewat petang jika tiada yang mengunjunginya.


Walaupun ada pegerai yang berpuas hati dengan hasil jualan dari 8 pagi hingga 4 petang, ada juga yang kalau boleh ingin melanjutkan masa perniagaan hingga waktu malam agar dapat meraih pendapatan yang lebih tinggi.


Mereka berharap dengan siapnya pusat sivik Wisma Geylang Serai pada 2017, lebih ramai orang akan mengunjungi pusat makanan itu pada lewat petang dan malam.


“Pelanggan biasanya datang ke Pusat Makanan Geylang Serai untuk sarapan dan makan tengah hari.


“Kalau untuk makan malam, mereka akan ke pusat makanan di Haig Road. Jadi, kat sini dalam pukul 4 atau 5 gitu dah sunyi,” kata pegerai kuih-muih, Eeh! Eeh! Nak Lagi!!!, Cik Diana Othman.


“Tapi mana tahu apabila Wisma Geylang Serai dibuka nanti kami akan mula mendapat pelanggan yang datang pada sebelah malam.


“Mungkin pegerai boleh merubah fikiran dan berpakat buka kedai sampai malam. Tapi ia memerlukan kerjasama semua pegerai. Kalau satu dua sahaja gerai yang dibuka, tak akan menjadi,” tambah wanita berusia 52 tahun itu dengan penuh harapan.


Gerai yang dimiliki kakaknya itu menjual kuih-muih secara borong dari 2 pagi hingga 8 pagi sebelum mula menerima pesanan pelanggan hingga 5 petang.


Seperti Cik Diana, pemilik gerai Geylang Briyani Stall, Sheik Abdul Hamid Sheik Dawood, juga berharap Wisma Geylang Serai akan membantu menyalurkan lebih ramai pengunjung ke Pusat Makanan Geylang Serai pada masa akan datang.


Gerai Sheik Abdul Hamid menjual nasi beriani ayam dan daging di pasar Geylang Serai lama dari 1970-an.


Namun, gerai yang asalnya dimiliki arwah bapanya itu telah dibuka seawal 1962 dan bermula dengan menjual nasi putih dan lauk-pauk India.


“Kalau di pasar lama dulu, pukul 11 malam baru pegerai di pusat makanan habis niaga.


“Tapi sejak ke pasar sementara dan Kampung Melayu dirobohkan, pengunjung pada sebelah petang semakin berkurangan,” kata Sheik Abdul Hamid yang membuka gerai dari 10 pagi hingga 4 petang.


“Saya rasa mungkin Geylang sekarang dah tak ada tempat tumpuan lagi.


“Mungkin apabila Wisma Geylang Serai siap, ramai lagi pengunjung akan ke sini.


“Tapi buat masa ini, kami cuma harapkan perniagaan rancak pada hujung minggu dan bulan puasa sahaja,” tambahnya. 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >