PENDUDUK di kawasan timur Singapura mempunyai banyak pilihan menjamu selera khususnya di Simpang Bedok dengan nama seperti Spize atau Tang Tea House.
Kini yang terbaru ialah East Village - pusat komersial dan kediaman yang menawarkan beberapa kafe halal termasuk Cookwerx by Chef Taj yang mula beroperasi pada 12 Januari lalu.