SEDANG kedai kek cawan tumbuh bak cendawan selepas hujan, seorang wanita memilih menjual kek klasik Barat di sebuah kedai kek yang baru dibuka.
Cik Imelda Dewi Wadhwa, 35 tahun, yang pernah menjual kuih-muih di dalam talian sejak Julai tahun lalu, telah mengembangkan sayap dengan menubuhkan sebuah kedai kek yang dinamakannya And All Things Delicious.