Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kuih moden diminati, kuih tradisional terus dicari

Oct 15, 2017 | 12:00 AM



KUIH dan kek moden terus mendapat perhatian sejak kebelakangan ini.



Antaranya kek cawan, kek batik, kek gulung, kek karamel asin dan kek coklat nutella.



Namun, arus pemodenan langsung tidak menjejas cita rasa ramai terhadap kuih-muih tradisional.



Seperti yang dikatakan pemilik kedai kuih-muih Sweetestchoice, Cik Azyyati Abdul Karim, 41 tahun, kuih tradisional masih terus dicari pelanggan.



Ini termasuk kuih-muih seperti onde-onde, keria, kuih dadar, lopes dan epok-epok.



"Kuih-muih tradisional nampaknya masih terus diburu pelanggan, termasuk golongan muda. Walaupun jenis kuih-muih moden kian pelbagai, kuih lama nampaknya masih tetap mendapat perhatian,'' kata Cik Azyyati.



Meskipun sudah lapan tahun berniaga, sambutan yang diterima Cik Azyyati masih menggalakkan.



Ini mungkin kerana kuihnya enak dan harganya pula berpatutan.



Beliau juga berkata hampir semua kuih, biskut dan kek yang dijual di kedainya itu dihasilkannya sendiri.



"Justeru, saya tidak perlu menaikkan harganya memandangkan saya tidak mendapatkannya daripada mana-mana pembekal," ujarnya.



Kedainya yang terletak di 60 Joo Chiat Road itu dibuka tiga tahun lalu, tetapi sebelum itu beliau pernah berniaga di sebuah kedai yang terletak di kawasan Tampines selama lima tahun.



Dibuka seawal 7 pagi hingga 6 petang setiap hari (ia ditutup pada Selasa), kedainya itu menawarkan kuih-muih tradisional sehingga sekitar 1 petang, disusuli dengan kek dan kuih moden selepas itu.



Menurutnya, kuih-muih di situ kebanyakannya dijual pada hari yang sama ia dihasilkan.



"Tambahan pula saya tidak gunakan bahan pengawet untuk menjadikan kuih tahan lama.



"Sebab itulah saya cuba menjualnya pada hari yang sama ia dibuat," jelasnya.



Pada masa ini, terdapat sekitar 20 jenis kuih-muih, kek dan biskut yang dijual di situ dan berharga antara 50 sen dengan $2.50.



Yang menjadi kegemaran ramai pelanggan masa kini ialah kek onde-onde serta kek teh tarik yang merupakan gabungan 'lama dan baru'.



Wartawan yang mengunjungi kedai itu pada hari biasa mendapati ia terus dilanggani golongan berusia pertengahan.



"Golongan muda biasanya lebih ramai pada hujung minggu. Ada juga pelanggan yang buat tempahan terlebih dahulu sebelum ke mari.



"Tidak kurang juga langganan daripada syarikat berdekatan yang sering membuat tempahan," kata Cik Azyyati lagi.



Jika biasanya beliau menghasilkan sehingga 60 keping bagi setiap jenis kuih, pada hujung minggu beliau akan menggandakannya kerana langganan yang bertambah.



Bagi memastikan tiada pembaziran berlaku, Cik Azyyati biasanya akan menilai jumlah pelanggan yang boleh dijangkanya dan mengambil kira cuti umum.



"Saya kaji orang ramai yang lalu-lalang di sini.



"Kalau hujung minggu atau cuti umum biasanya jumlah itu bertambah," ujarnya.



Ibu dua anak yang bakal melahirkan anak ketiganya Februari akan datang melabur sehingga $50,000 untuk kedainya di Joo Chiat Road itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >