SAJIAN yang dibeli menerusi mesin layan diri terus 'hangat' mendapat sambutan selepas dua lagi cawangan Chef-In-Box VendCafe di stesen MRT Ang Mo Kio dan Lakeside dibuka - menawarkan beberapa menu baru.
Antara yang terbaru termasuk nasi kari ayam hijau Thai, berharga $4; nasi kari udang Chuchee Thai ($4); carrot cake atau lontong goreng ($4); nasi ayam Char Siew ($4); nasi ayam Hainanese dipotong ($4); ikan Alaska dengan sos Toscana dan sayur campur ($5.90); serta nasi lemak Bagus ($4).