Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Manisnya berniaga...

Nov 29, 2013 | 07:10 PM



CIK Norhafeeza Mohamed Yusof tidak pernah berminat dalam bidang membuat kek atau pastri. Namun, beliau akur dengan desakan ibu bapanya supaya mencuba bidang tersebut selepas tidak dapat menceburi bidang kejururawatan yang diinginkan.


Berbekalkan kelulusannya dalam bidang pastri dan kek, Cik Norhafeeza, 25 tahun, mula cuba-cuba berniaga dan mengambil tempahan secara kecil-kecilan sambil membantu dalam perniagaan ayahnya.


Setelah dua tahun menguji pasaran, beliau akhirnya membuka kedai kek, Sweeth Tooth Addiction, di Joo Chiat Road pada April lalu.


Jenama serta produk kedai itu bahkan sudah menarik perhatian pembeli francais dari Indonesia dan Kemboja, jelas Cik Norhafeeza.


Jumlah pengikut Sweet Tooth Addiction di Instagram pula berkembang daripada 300 pada Mac lalu kepada 3,000 sekarang.


“Pada dasarnya, memang saya teragak-agak untuk membuka kedai sendiri kerana saya mahu memastikan sudah benar-benar mahir dalam bidang ini.


“Tetapi sokongan pelanggan dan galakan ibu bapa meyakinkan saya menceburi dan membuka perniagaan ini.


“Dan apabila timbul peluang membuka kedai ini, saya teringat kata-kata cef yang pernah bekerja bersama saya bahawa saya patut mula berniaga pada usia muda apabila sudah bersedia,” jelas Cik Norhafeeza yang pernah bertugas sebagai penolong cef pastri selama empat tahun.


Ini meskipun dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang baru baginya.


Cik Norhafeeza ialah anak bongsu dalam keluarga tiga beradik. Bapanya pengasas dan bekas pemilik rangkaian piza, Sarpino’s Pizza, Encik Mohamed Yusof Kamarudin.


Beliau telah membantu ayahnya dalam dunia perniagaan sejak berumur 10 tahun lagi.


“Daripada kerja-kerja remeh-temeh seperti melipat kotak kepada menjawab panggilan pelanggan hinggalah cara membuat piza, pengalaman itu sangat berguna apabila saya menjalankan perniagaan saya sendiri hari ini.


“Antara pengajaran penting yang diamalkan sekarang ialah perniagaan itu memerlukan banyak kesabaran, semangat berpasukan dan tabah menghadapi kritikan ataupun pujian orang lain,” ujarnya.


Cik Norhafeeza yang memiliki kemahiran dalam bidang kek dan pastri Perancis, melabur sekitar $100,000 untuk membuka kedai kek tersebut.


Menurutnya, pasaran pastri dan kek halal sangat luas di Singapura, lantas tidak bimbang tentang persaingan.


“Masing-masing ada kelainan, jadi yang paling penting bagi saya ialah terus meningkatkan mutu produk.


“Lantaran itu, saya juga sudah pelbagaikan produk saya bukan hanya kek, pastri malah makanan ringan seperti sandwic yang sudah mendapat sambutan baik,” katanya.


Namun, satu keprihatinan utamanya ialah kos perniagaan dan kedudukan kedainya, yang dianggap tidak begitu strategik.


“Dalam hal ini, satu strategi saya ialah menawarkan khidmat penghantaran dan meneroka peluang membekalkan kepada kafe lain,” katanya yang sudah membekalkan kafe termasuk Parlour by Ashley Isham.


Mengenai rancangan seterusnya, Cik Norhafeeza berharap dapat membuka kedai lebih besar yang meliputi ruang menjamu selera untuk pelanggannya selepas ia beroperasi setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >