Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Cara dapatkan Pavlova yang baik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Cara dapatkan Pavlova yang baik

Jan 25, 2014 | 12:50 PM



KITA selalu bayangkan pelbagai jenis kek keju, tat, pai dan brownies apabila kita berfikir tentang desserts atau pencuci mulut.


Kini lebih ramai anggota masyarakat memilih resipi Barat apabila membuat pencuci mulut.


Sudah pasti anda akan tersenyum lebar sekiranya hasil penat lelah untuk menyiapkan pencuci mulut anda setanding dengan apa yang dijual di kedai-kedai atau restoran.


Untuk mendapatkan hasil yang berkualiti tidaklah sukar sekiranya anda selalu melatihkan diri untuk memperbaiki teknik-teknik pembikinan kek dan sebagainya serta menggunakan bahan yang segar dan bermutu.


Dalam laporan ini, tersedia dua resipi serta beberapa tips untuk anda menyediakan pencuci mulut yang boleh membuat teman dan keluarga gembira pada hujung minggu.


Salah satu pencuci mulut Barat yang kian popular di kalangan masyarakat Melayu ialah Pavlova.


Pavlova adalah sejenis meringue atau pencuci mulut yang manis dan ringan.


Permukaannya garing dan di dalamnya pula lembut seperti mashmellow.


Resipi ini mula dikenali di Australia pada sekitar 1926 dan dinamakan sebagai penghormatan kepada ballerina Rusia yang terkemuka, Anna Pavlova.


Berikut beberapa panduan untuk mendapatkan hasil pavlova yang baik dan bermutu.


1. Jangan gunakan telur yang sejuk untuk mendapatkan hasil yang bermutu.


2. Pastikan tidak ada sedikit pun kuning telor di dalam adunan kerana ia akan merosakkan meringue anda.


3. Bekas untuk membuat adunan haruslah bersih dan tidak berminyak langsung, sebaiknya tuangkan air panas, bilas dan lap kering bekas itu.


4. Jauhkan daripada tempat yang panas apabila membuat Pavlova.


Gunakan kreaviti anda untuk pelbagaikan cara menyediakan Pavlova dengan menggunakan buah-buhan seperti pisang, kiwi, beri biru, ceri, strawberi, resberi, kacang badam dan parutan cokelat.


Rahsia untuk mendapat kek keju yang baik pula bergantung pada beberapa faktor berikut:


1. Elakkan memukul adunan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan keretakan pada permukaan kek keju.


2. Untuk mendapatkan kek keju yang lembut, jangan bakar lebih daripada masa yang ditetapkan.


3. Setelah dikeluarkan daripada oven, gunakan pisau untuk longgarkan kek daripada acuan dan alihkan kek keju ke atas rak dawai.


4. Kek keju kosong tanpa bahan-bahan hiasan amat sesuai dibekukan.


Pastikan kek keju benar-benar dingin, dibungkus rapi sebelum dibekukan.



RESIPI


Berikut sumbangan resipi dan gambar oleh Cik Sherina Salleh dari 4CakesInACUP.


PAVLOVA MANGGA


Bahan-bahannya:


120gm putih telur dari 4 biji telur


230gm gula kastor


1 sudu kecil esen vanila


1 sudu kecil cuka sider


Setengah sudu kecil tepung jagung


Toppings:


250gm heavy cream;


2 biji buah mangga yang sejuk dipotong dadu; sedikit daun pudina; 1 atau 2 limau nipis


Cara caranya:


1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 140 darjah selsius selama 2 atau 3 minit. Dengan kelajuan tinggi, putar putih telur sehingga gebu sambil masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan putar.


2. Masukkan vanila, tepung jagung dan cuka sider dan putar selama 5 hingga 10 saat sahaja.


3. Masukkan adunan ke atas dulang pembakar yang beralaskan kertas minyak.


4. Bakar selama 15minit pada suhu 150-180 darjah selsius.


5. Kemudian kurangkan suhu pada 100-130 darjah selsius dan bakar selama 1 jam.


6. Matikan oven, biarkan di dalam ketuhar oven dengan pintu dibuka (akan mengambil beberapa jam) baru hiaskan dengan bahan toppings dan dimasukkan ke peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.


Untuk toppings:


1. Dengan kelajuan tinggi, putar krim hingga gebu dan kental.


2. Sapu pukulan krim yang gebu itu ke atas meringue.


3. Campurkan potongan mangga bersama perahan jus limau dan daun pudina yang di telah hiris.


VANILLA BEAN CHEESECAKE


Bahan bahannya:


250gm biskut digestive, dihancurkan;


8-10 sudu besar mentega, dicairkan;


500gm Krim keju;


50gm Gula kastor;


2 biji telur besar;


1 sudu kecil pes vanila;


100gm krim masam (sour cream);


Buah-buahan untuk hiasan


Cara caranya:


1. Panaskan oven pada suhu 150 darjah selsius. Campurkan mentega cair dengan biskut digestive dan tekan ke dalam acuan bulat 8 inci yang telah disapu sedikit mentega dan bakar selama 10 minit. Keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk.


2. Pukul krim keju hingga sebati dan masukkan gula dan terus memukul. Tambah telur satu persatu, vanila dan krim masam dan dipukul selama 1 minit sahaja.


3. Tuangkan ke dalam tin pembakar yang sama dan bakar selama 20-25 minit dalam bain marie (water bath) pada 160 darjah selsius. Biarkan dalam oven selama sejam, kemudian tutup acuan kek dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.


4. Hiasan permukaan kek dengan buaha buahan kegemaran anda.


Tips:


1. Semua bahan-bahan hendaklah pada suhu bilik untuk mendapatkan hasil kek yang terbaik


2. Membakar kek ini dengan kaedah bain marie (water bath) akan menghasilkan permukaan kek yang licin dan tekstur yang lembut sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >