Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Gulai Barat-Barat dengan Nanas dan Selasih

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Gulai Barat-Barat dengan Nanas dan Selasih

Nov 29, 2013 | 04:33 PM



Bahan-bahan


600 gram ikan barat-barat (minta penjual ikan agar membuangkan kulit ikan)


1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong


3 ulas bawang putih, dikupas dan dipotong


4 tangkai cili merah, dibuang tangkai dan dipatah-patah


2.5 cm x 1 cm kunyit, dikupas dan dipotong


1 sudu teh belacan yang dihancurkan


200 gram hirisan isi nanas


1 sudu besar asam jawa


1 liter air


Garam secukup rasa


Gula secukup rasa


½ cawan daun selasih


Cara-caranya


1. Buang sirip, isi perut dan insang ikan. Cuci dengan air bergaram dan tuskan.


2. Bubuh bawang besar, bawang putih, cili merah, kunyit dan belacan ke dalam jag mesin pengisar atau pemproses makanan. Kisar sehingga halus dan pekat. Bubuh sedikit sahaja air jika perlu.


3. Tuang rempah kisar ke dalam periuk. Ketepikan.


4. Campurkan asam jawa dengan air ke dalam mangkuk. Ramas dan tapis air asam ke dalam periuk berisi rempah kisar. Kacau rata-rata dan tambah hirisan nanas.


5. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan ikan dan biarkan mendidih sekali lagi. Perasakan dengan garam dan gula.


6. Renihkan selama 1 minit dan masukkan daun selasih. Kacau sekali dan padamkan api.


7. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan.


Ikan duri, daun selasih,


Masak sendiri pengikat kasih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >