Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Jemput-Jemput Merah Coreng

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Jemput-Jemput Merah Coreng

Nov 29, 2013 | 04:40 PM



Bahan-bahan


150 gram tepung gandum


150 gram tepung berserbuk penaik


¾ sudu teh garam


1 biji telur dikacau sebentar dengan garfu


400 ml air


1 cm x 1 cm kunyit, dikupas dan ditumbuk hingga lumat


1 biji bawang besar, dikupas dan dihiris tipis-tipis


50 gram daun bawang bahagian hijau sahaja, dipotong 5 mm panjang


300 gram isi ikan merah coreng yang didadu


Minyak masak untuk menggoreng terendam


Cara


1. Campurkan kedua-dua jenis tepung dan garam dan ayak ke dalam mangkuk adunan.


2. Masukkan telur, air dan kunyit. Kacau sehingga adunan rata dan tidak berbintil-bintil.


3. Tambah hirisan bawang besar dan daun bawang diikuti dengan isi ikan. Kacau hingga rata. Biarkan selama 10 minit.


4. Panaskan minyak masak di dalam kuali di atas api sederhana.


5. Cedok satu sudu besar adunan dan masukkan ke dalam minyak panas – anggaran empat keping dalam satu masa – dan goreng sehingga kuning keemasan.


6. Keluarkan jemput-jemput dari kuali dan tuskan.


7. Hidang panas-panas dengan sos cili tomato (lihat resipi berikut).


SOS CILI TOMATO


Bahan-bahan


6 tangkai cili merah sederhana besar, dibuang tangkai


2 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris


2 sudu besar cuka


3 sudu besar air


2 sudu besar sos tomato


3 sudu besar gula perang


½ sudu teh garam


Cara


1. Patah-patahkan cili merah dan bubuh ke dalam batu lesung atau bekas pengisar bijian. Tambah bawang putih dan tumbuk atau kisar sehingga halus. Bubuh sambal dalam mangkuk.


2. Campurkan cuka, air, sos tomato, gula perang dan garam dengan sambal yang ditumbuk atau dikisar dan kacau hingga sebati.


Nota: Sos ini boleh simpan selama seminggu. Bubuh sos di dalam bekas kedap udara atau lebih baik botol kaca kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk. Ia boleh dihidang dengan pelbagai jenis makanan ringan yang perlu pencecah.


Ikan puput, ikan kitang,


Jemput-jemput buat minum petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >