Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kari Lada Hitam Duri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Kari Lada Hitam Duri

Nov 29, 2013 | 04:50 PM



Bahan-bahan


1 ekor ikan duri (kira-kira 1 kilogram)


Air secukupnya


2 sudu besar asam jawa


2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris


6 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris


1.5 cm x 1 cm halia, dikupas dan dihiris


2 cm x 1 cm kunyit, dikupas dan dihiris


2 sudu teh lada hitam biji, dikisar halus


150 ml air


4 sudu besar rempah kari ikan serbuk


60 ml minyak masak


2 tangkai cili merah, dibelah dua


2 tangkai cili hijau, dibelah dua


1 ½ sudu besar asam jawa, diramas dengan 600 ml air dan diperah airnya


100 ml santan


2 biji tomato, dipotong baji


Garam secukup rasa


Bahan tumis


1 biji bawang besar, dikupas dan dihiris tipis-tipis


1 sudu teh rempah tumis ikan


2 pelepah daun kari


Cara


1. Bubuh ikan di dalam besen besar. Masukkan air dan 2 sudu besar asam jawa. Ramas asam sehingga sebati dengan air. Tambah air sehingga menenggelamkan ikan. Biarkan selama 15 minit.


2. Keluarkan ikan daripada air asam dan kikis kulitnya. Buang duri, sirip, insang dan isi perut ikan. Potong ikut suka. Cuci sehingga bersih dengan air bergaram. Tuskan.


3. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan lada hitam bersama 150 ml air sehingga halus. Masukkan rempah kari serbuk dan kisar lagi sehingga rata. Bubuh rempah kisar ke dalam mangkuk.


4. Panaskan minyak masak di dalam periuk di atas api sederhana. Tumis bawang besar hiris bersama daun kari sehingga bawang kekuning-kuningan. Masukkan rempah tumis ikan. Kacau selama 30 saat.


5. Masukkan rempah kisar dan tumis sehingga pecah minyak dan naik baunya (kira-kira 8 minit).


6. Tambah cili merah dan hijau dan kacau sehingga cili layu sedikit. Masukkan air asam dan santan dan kacau hingga rata.


7. Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. Renihkan selama 5 minit, tambah tomato dan perasakan dengan garam.


8. Padamkan api dan hidang dengan nasi.


Ikan pari dibeli berkati,


Kari duri menambat hati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >