Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Masak guna buah Kiwi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Resipi
417
0

Masak guna buah Kiwi

Nov 29, 2013 | 04:12 PM



BANYAK telah diperkatakan mengenai buah kiwi yang mempunyai khasiat khususnya Vitamin C lebih daripada buah-buahan yang lain.


Seperti yang disarankan oleh pakar-pakar kesihatan, kita perlu memakan sebiji kiwi sahaja sehari bagi mendapatkan bekalan vitamin C harian kita.


Mungkin ada di antara anda yang tidak berapa minat memakan buah ini. Apa kata anda cuba resepi yang disisipkan di sini yang menggunakan buah kiwi sebagai salah satu bahannya. Mungkin masakan ini sesuai dengan cita rasa anda sekaligus membuat anda lebih minat memakan buah ini.


Salad buah kiwi, suun dan daging ayam


3 biji buah kiwi hijau Zespri, dibuang kulit, belah empat memanjang dan hiris satu sentimeter tebal


20 gram suun direndam dalam air panas selama satu minit, toskan


1 batang timun, buang kulit dan empulur kemudian dihiris halus


1 batang kecil lobak merah dihiris halus memanjang


1 biji bawang besar, belah dua kemudian hiris tipis


1 batang bunga kantan dihiris


4 helai daun limau purut dihiris


2 sentimeter halia muda dihiris memanjang


1/2 cawan daun pudina


1/2 cawan daun ketumbar


1 batang cili merah, buang biji dan hiris tipis


Sos:


3 sudu makan jus limau kasturi


3 sudu makan sos ikan


3 sudu makan gula


2 biji bawang putih dicencang halus


1-2 cili padi merah dihiris halus


Daging Ayam:


2 sudu makan minyak


200 gram daging ayam bahagian dada dihiris tipis


1/4 sudu teh lada hitam serbuk


Bahan taburan:


1 sudu makan bijan disanggar


40 gram gajus disanggar


Cara:


1. Satukan semua bahan untuk sos, kacau sehingga gula larut. Ketepikan.


2. Gaul daging ayam dengan lada hitam serbuk. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng daging ayam dengan pantas selama dua atau tiga minit. Alihkan ayam ke dalam mangkuk dan titiskan dua sudu makan sos. Ketepikan.


3. Satukan timun, lobak, bawang, bunga kantan, daun limau purut dan halia dalam mangkuk besar. Gaul hingga rata kemudian masukkan buah kiwi, daun pudina dan daun ketumbar. Tutup mangkuk dengan plastik dan simpan salad dalam peti sejuk.


4. Untuk menghidangkan, campurkan daging ayam dengan salad dan tuangkan baki sos. Gaul perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi satu. Alihkan salad ke dalam


Ikan asam dengan buah kiwi stail nyonya


3 biji buah kiwi hijau, buang kulit dan potong empat memanjang


75 mililiter minyak


1 batang bunga kantan, dibelah empat memanjang


600 gram ikan merah/bawal putih/kurau dipotong setebal tiga sentimeter


1 sudu teh garam


11/2 sudu makan gula


40 gram asam


650 mililiter air


Pes Cili:


15 gram cili kering direndam dengan air panas sehingga lembut


3 batang cili merah dibuang biji


100 gram bawang kecil


2 batang serai dihiris


1 sentimeter kunyit


5 gram belacan


125 milimeter air


Cara:


1. Satukan bahan pes cili dan kisar sehingga halus. Ketepikan.


2. Panaskan minyak dalam periuk kemudian masukkan pes cili. Masak dengan api perlahan sehingga air kering sedikit, minyak terbit dan naik aromanya.


3. Tuangkan air asam dan biarkan mendidih. Masukkan bunga kantan, garam dan gula. Rendidihkan dengan api sederhana selama lima hingga enam minit sebelum memasukkan ikan. Masak selama 10 minit.


4. Masukkan buah kiwi dan mendidihkan sekejap sahaja kemudian angkat dari api.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >