Peluang cuba aneka kek lapis

BISKUT & KEK SINGAPURA

Oleh Aini Salim

Terbitan: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Harga: $18

Boleh dibeli di Toko Haji Hashim (Joo Chiat Complex) dan Aileen Bakery (Tanjong Katong Kompleks)

Buku masak terbaru tulisan Cef Aini Salim merupakan buku masak yang keenam tulisan beliau dan yang ketiga dalam siri Biskut & Kek Singapura. Kali ini beliau memberi tumpuan khususnya kepada kek lapis. Terdapat 18 resipi kek lapis dalam satu buku. Antaranya ialah Lapis Yasmin, Kek Lapis Coklat Kopiccino, Kek Lapis Merah Delima, Kek Lapis Cendol dan Lapis Lengit Aiskrim Pisang.

Berbanding dengan gambar kek dan biskut lain yang terdapat dalam buku ini, gambar dan hiasan kek lapis lebih menarik dari segi warna dan persembahannya.

Bagaimanapun, buku ini lebih sesuai untuk orang yang sudah faham dengan cara-cara membuat kek lapis kerana peraturan atau cara penyediaan membuat kek yang diberi sangat ringkas. Bagi orang yang baru mula berjinak-jinak membuat kek, mereka mungkin mendapati sukar sedikit memahami apa yang dimaksudkan.

Selain kek lapis, terdapat resipi biskut jenis lama dan baru seperti Biskut Semprit, Tart Gulung, Almond Bisccoti dan Biskut Red Velvet Chocolate Chip. Berikut salah satu daripada resipinya:

LENGIT AISKRIM PISANG

Bahan:

18 biji kuning telur

6 biji putih telur

600 gram mentega

280 gram gula kastor

300 gram pisang Del Monte (dilecek)

180 gram tepung gandum

300 gram tepung aiskrim vanila

1 sudu teh penuh serbuk penaik

1 sudu teh perisa (esen) pisang

Pewarna kuning dan hijau

Cara Penyediaan:

1. Mentega dipukul hingga putih lalu masukkan pisang dan esen. Gaul hingga rata. Ketepikan.

2. Pukul putih telur sebentar kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga naik. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung aiskrim vanila. Pukul beberapa saat kemudian matikan mesin pemukul.

3. Masukkan mentega, gaul hingga rata kemudian bahagikan kepada dua mangkuk. Warnakan satu mangkuk adunan dengan warna hijau dan satu lagi warna kuning.

4. Gril dua lapis kuning dan dua lapis hijau. Ulangi proses ini sehingga adunan habis.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.